• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

honor View10 dan honor 7X lebih murah RM200 sekarang

  • OLEH Najib
  • 6:42 pm
  • 11/04/2018
  • Komen
honor View10 dan honor 7X lebih murah RM200 sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Dilancarkan serentak pada penghujung tahun lepas, dua telefon honor iaitu honor View10 dan honor 7X hari ini secara rasminya diturunkan harga jualannya. Kedua-duanya dipotong RM200 dari harga asal semasa dilancarkan.

Telefon pintar honor View10 kini boleh dibeli pada harga RM1,899 (harga asal RM2,099) manakala honor 7X pula kini berharga RM899 sahaja (harga asal RM1,099). Harga ini hampir menyamai tawaran yang dibuat honor semasa jualan sempena ulangtahunnya pada 9 April lepas.



honor View10 adalah telefon pintar kelas flagship berkuasa AI, yang menggunakan pemproses Kirin 970 sama seperti di Huawei Mate 10 dan Huawei P20. Ia digandingkan dengan 6GB RAM dan 128GB storan dalaman, dan menerima kad mikroSD untuk storan tambahan.

Skrinnya seluas 5.99-inci, FullView dengan nisbah 18:9 dan resolus FHD+ 2160×1080. Baterinya yang sebesar 3,750mAh serasi digunakan dengan pengecas super pantas Huawei SuperCharge 5V/4.5A.



Dwi kamera di belakangnya adalah gabungan sensor monokrom 20MP bersama sensor RGB 16MP F1.8, memberikan gambar yang jelas tajam serta mampu menghasilkan efek bokeh. Untuk kamera hadapan, ia menggunakan sensor 13MP. Kuasa AI padanya membantu kamera memilih tetapan suasana yang sesuai untuk hasil yang terbaik.

honor 7X pula adalah telefon pintar kelas pertengahan. Cip Kirin 659, 4GB RAM dan 64GB storan dipateri di dalamnya, termasuk bateri sebesar 3,340mAh yang dicas menggunakan pengecas biasa 10W.

Telefon ini juga memiliki skrin FullView 18:9 berukuran 5.93-inci, serta resolusi FHD+ 2160×1080. Badannya diselaputi besi sepenuhnya.

Untuk kamera, ia juga menggunakan dwi-lensa di bahagian belakang. Tetapi ia adalah gandingan sensor 16MP serta 2MP untuk penghasilan efek bokeh. Kamera hadapan pula dipasang sensor 8MP.

Tags: honorhonor 7xhonor 7X Malaysiahonor malaysiahonor View10honor View10 Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
honor View10 dan honor 7X lebih murah RM200 sekarang

honor View10 dan honor 7X lebih murah RM200 sekarang

11 April 2018
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER