Tahun 2018 adalah tahun ke-4 ulang tahun (ultah) kelahiran honor ke dunia fana ini. Untuk meraikannya bersama peminat di Malaysia, honor telah menetapkan tarikh 9 April 2018 untuk memberikan tawaran dan diskaun sehingga RM500 untuk pembelian telefon pintar honor.
honor bekerjasama dengan rakan dagang mereka untuk membawakan promosi menarik di ultah ke-4 mereka ini. Platform yang terlibat adalah Vmall, Shopee, 11street, Lazada.
Terdapat dua jenis promosi yang akan dijalankan honor pada 9 April nanti. Promosi pertama akan berjalan sepanjang hari selama 24 jam, di semua empat platform rakan dagang honor tadi. Promosi tersebut adalah:
Promosi Ultah ke-4 honor
Model | Harga Asal | Harga Promosi | Diskaun |
---|---|---|---|
honor View10 | RM 2,099 | RM 1,899 | RM 200 |
honor 8 Pro | RM 1,999 | RM 1,499 | RM 500 |
honor 7X | RM 1,099 | RM 888 | RM 211 |
honor 6A Pro | RM 699 | RM 588 | RM 111 |
Promosi kedua pula, adalah masa terhad mengikut platform e-dagang. Hanya dua model telefon pintar terlibat iaitu honor View10 dan honor 9 Lite. Promosi dan masanya adalah seperti berikut:
Promosi Ultah ke-4 honor masa terhad
Model | Harga Asal | Promosi | Diskaun | Platform & Masa | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|
honor View10 | RM 2,099 | RM 1,899 + Powerbank | RM 200 + hadiah percuma | Vmall 10am-11am | Shopee 3pm-4pm | 11street 5pm-6pm | Lazada 9pm-10pm |
honor 9 Lite | RM 749 | RM 699 | RM 50 | Vmall 10am-11am | Shopee 3pm-4pm | 11street 5pm-6pm | Lazada 9pm-10pm |
Jika anda ingin mendapatkan tawaran terbaik honor View10 dan honor 9 Lite, pastikan anda menandakan masa jualannya mengikut platform e-dagang kegemaran anda. Terutama sekali jika anda ada kupon, atau menggunakan ShopBack (11street dan Lazada).
Jangan terlepas mendapatkan telefon pintar honor idaman hati dengan tawaran istimewa sempena ultah ke-4 honor ini. Simpan pautan di bawah untuk digunakan pada hari Isnin, 9 April 2018 kelak.