• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Perkembangan Vaksin COVID-19 #4: Jenis vaksin untuk fasa 2 & Akses awal penderma darah

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:34 am
  • 17/04/2021
  • Komen
Perkembangan Vaksin COVID-19 #4: Jenis vaksin untuk fasa 2 & Akses awal penderma darah
Share on FacebookShare on Twitter

Antara isu yang diketengahkan ialah, mengapa giliran menerima vaksinasi begitu lambat? Bagaimana anda tahu sekiranya pendaftaran anda selesai? Vaksin apa yang tersedia untuk fasa 2? Bilakah penderma darah yang kerap dapat suntikan vaksin?

1. 57% tidak memberi maklum balas terhadap janji temu

YB Khairy Jamaluddin telah melaporkan pada 12 April 2021 yang lalu bahawa sejumlah 31,776 janji temu vaksin telah dihantar kepada penerima Fasa 2 sejak 5 April. Tetapi, hanya 13,218 yang telah menerima dan 343 menolak.



Baki 18,215 individu belum memberi maklum balas dan jumlah itu bersamaan 57% daripada jumlah individu dari fasa 2 yang sudah dimaklumkan tentang pemberian vaksin.

2. Malaysia akan dapat vaksin untuk 80% penduduk pada bulan Oktober

Dari carta, JKJAV menjangkakan lebih banyak vaksin akan tiba bila pengeluaran vaksin menjadi stabil dalam beberapa bulan akan datang dan diramalkan bahawa jumlah bekalan akan melebihi jumlah pendaftaran menjelang Jun.



Juga diramalkan bahawa Malaysia akan mempunyai cukup vaksin untuk 80% penduduk pada bulan Oktober.

3. Semak status pendaftaran

Untuk memastikan anda berjaya mendaftar vaksin, anda boleh semak status pendaftaran anda di aplikasi MySejahtera dan pastikan anda telah menyelesaikan langkah penilaian.

Sebagai alternatif, anda boleh melayari vaksincovid.gov.my/semak-status. Masukkan nombor kad pengenalan atau pasport anda, bersama dengan nombor telefon bimbit anda.

4. Akses awal penderma darah

Kementerian Kesihatan mencadangkan untuk menawarkan akses awal menerima vaksin bagi penderma darah yang kerap. Mereka mencadangkan bahawa individu yang telah menderma darah lebih dari 50 kali untuk mendapatkan suntikan vaksin covid-19 dalam fasa 2.

5. Fasa 2: Pfizer dan Sinovac

Fasa 2 program imunisasi akan bermula pada 19 April 2021. YB Khairy Jamaluddin telah mengesahkan bahawa kedua-dua vaksin Pfizer dan Sinovac akan digunakan untuk warga emas dan dia telah memberi jaminan bahawa vaksin tersebut selamat digunakan untuk semua.

6. Status vaksinasi dan Pendaftaran

Sehingga 13 April jam 11.59 malam, Malaysia telah memberikan sejumlah 1,050,138 dos vaksin kepada individu. Seramai 417,470 individu telah menerima dos kedua lantas menyudahkan program vaksinasi.

Selangor mempunyai vaksinasi lengkap paling ramai dengan 57,664 individu, diikuti Perak dengan 47,007 individu dan Sabah dengan 42,344 individu.

Dari segi pendaftaran, lebih daripada 8.6 juta telah mendaftar, ia merupakan 35.8% daripada populasi yang disasarkan. Putrajaya mempunyai kadar pendaftaran tertinggi pada 96%. Walau bagaimanapun, Sabah terus mempunyai kadar pendaftaran terendah pada 14.00%, diikuti oleh Kelantan dengan 22.90%

Tags: Vaksin Covid-19
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Perkembangan Vaksin COVID-19 #4: Jenis vaksin untuk fasa 2 & Akses awal penderma darah

Perkembangan Vaksin COVID-19 #4: Jenis vaksin untuk fasa 2 & Akses awal penderma darah

17 April 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER