• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lebih dari TV pintar, Huawei Vision S 4K 120Hz akan dilancar di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 5:54 pm
  • 21/04/2021
  • Komen
Lebih dari TV pintar, Huawei Vision S 4K 120Hz akan dilancar di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Malaysia akan melancarkan paparan siri Vision S di Malaysia minggu hadapan, 27 April 2021. Menurut Huawei, paparan ini menawarkan lebih dari sekadar TV Pintar dan menjalankan sistem operasi Huawei HarmonyOS.

Pelancaran Huawei Vision S akan diadakan secara dalam talian, menerusi Facebook dan YouTube Huawei Malaysia. Ia akan bersiaran pada 27 April 2021, bermula pukul 7.30 malam. Dijangkakan, harga dan tawaran promosi akan diumumkan di sini. Tempahan awal juga akan dibuka pada malam itu.



Untuk menarik minat orang ramai, Huawei menyediakan satu unit Huawei Mate 40 Pro untuk penonton majlis pelancaran Huawei Vision S. Macam mana cara nak menang, kena menontonnya sendiri.

Terdapat dua saiz Vision S yang akan datang ke Malaysia, 55-inci dan 65-inci. Kedua-duanya menggunakan panel LCD 4K dengan kadar penyegaran 120Hz. Ia juga dipasang dengan pencahayaan Direct LED dengan kadar kecerahan setinggi 350 nits, nisbah kontras 5,000:1 dan julat warna DCI-P3 92%.



Sistem bunyi dihasilkan dari 4 pembesar suara (2x 10W frekuensi penuh + 2x 10W tweeter) dan diperkasa dengan teknologi audio Huawei Histen. Pembesar suara ini boleh digunakan secara sendiri walaupun skrin dimatikan.

Keunikan Huawei Vision S adalah pada kamera magnetik 13MP boleh putar yang dipasang di atas skrin. Ia boleh digunakan untuk mengambil gambar serta membuat panggilan video. Dengan aplikasi Huawei Meetime, pengguna boleh membuat panggilan berkuaiti tinggi HD Penuh 1080p bersama pengguna peranti Huawei yang lain. Malah, panggilan Meetime juga boleh ditukar antara telefon pintar dan Vision S melalui fungsi MeeTime Video Call Transfer.

Sebagai paparan boleh berhubung, Vision S boleh disambungkan melalui alat kawalan jauh Bluetooth yang turut menyokong NFC. Ia juga boleh digunakan sebagai paparan pendua untuk bermain game atau menghantar gambar, video dan aplikasi di antara telefon pintar dan Vision S.

Paparan pintar ini juga menyokong pembantu suara maya. Ia boleh diaktifkan dengan memanggil “Hey Celia”. Menurut Huawei, ia boleh mengecam suara dalam jarak 5 meter melalui 6 mikrofon terbina di dalamnya.

Kuasa pemproses Vision S dipercayai menggunakan cip HongHu, bersama RAM 3GB dan storan dalaman 32GB. Ia menyokong WiFi 2.4GHz dan 5GHz serta memiliki sambungan berwayar HDMI x3, AV x1, USB 3.0 x1 dan SPDIF x1. Dari helaian spesifikasi, ia tidak menyenaraikan penala TV (TV tuner) bermakna tidak boleh menonton TV Digital MyTV. Hanya boleh guna untuk menonton kandungan dalam talian atau menyambung HDMI ke peranti lain.

Memandangkan ia bukan TV Pintar tetapi lebih kepada monitor pintar, tarikannya adalah pada kandungan yang boleh digunakan padanya. Selain itu, dengan menggunakan HarmonyOS menjadikan ia lebih mesra ekosistem Huawei seperti telefon pintar, tablet dan produk IoT lain. OS ini akan mula dipasang di telefon pintar tidak lama lagi, bermula dengan Huawei Mate X2.

Tags: HuaweiHuawei Vision S
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Lebih dari TV pintar, Huawei Vision S 4K 120Hz akan dilancar di Malaysia

Lebih dari TV pintar, Huawei Vision S 4K 120Hz akan dilancar di Malaysia

21 April 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER