• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Wanita hamil perlukah berpuasa? Ini pandangan ahli perubatan & agama

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:29 pm
  • 22/04/2021
  • Komen
Wanita hamil perlukah berpuasa? Ini pandangan ahli perubatan & agama
Share on FacebookShare on Twitter

Setiap individu Muslim dewasa diwajibkan berpuasa tetapi ia dikecualikan kepada orang tua, mereka yang tidak mampu berpuasa secara fizikal dan mental serta wanita hamil dan ibu yang menyusukan anak.

Walaupun begitu, sebahagian wanita Muslim yang hamil masih berpuasa setiap hari sepanjang bulan Ramadan, tanpa menyedari potensi risiko kesihatan bagi diri mereka sendiri dan juga anak.



Pandangan ahli perubatan

Menurut Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Dr Ida Lilywaty Md Latar, wanita hamil tidak digalakkan berpuasa pada bulan Ramadhan untuk melindungi diri dan bayi daripada menghadapi risiko kesihatan.

Dr Ida Lilywaty Md Latar. Sumber.

1. Ibu hamil mempunyai komplikasi

Golongan wanita hamil yang mempunyai komplikasi kesihatan seperti Gestational Diabetes Mellitus, tidak digalakkan berpuasa kerana ia boleh menyebabkan kadar gula dalam darah mereka menjadi tidak konsisten dan dehidrasi bagi ibu.



Dehidrasi boleh menyebabkan wanita hamil bersalin lebih awal terutama pada trimester kedua dan boleh menyebabkan mual dan muntah pada awal kehamilan kerana pengambilan makanan dan minuman yang terhad ketika berpuasa.

Malah, kadar gula dalam darah mungkin meningkat pada waktu malam semasa berbuka puasa dan sebelum makan.

2. Implikasi kematian

Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa berpuasa pada trimester kedua mungkin mempunyai implikasi yang lebih ketara dengan kadar morbiditi dan kematian yang lebih tinggi.

Ini kerana, semasa trimester kedua kehamilan keperluan tenaga meningkat sebanyak 340 kalori sehari sedangkan keperluan tenaga pada trimester pertama adalah sama dengan wanita yang tidak hamil.

Walaubagaimanapun, Dr Ida mengatakan berpuasa pada bulan Ramadhan adalah pilihan peribadi. Wanita perlu membuat keputusan berdasarkan tahap kesihatan, tahap kehamilan dan potensi risiko mereka.

Pandangan Islam

Menurut Ketua imam Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni, beliau mengatakan bahawa tidak wajib bagi wanita hamil untuk berpuasa semasa hamil atau menyusu kerana mereka diberi pengecualian untuk berpuasa jika mereka takut membahayakan diri sendiri atau anak.

Ketua imam Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni. Sumber

Tambahnya lagi, umat Islam umumnya boleh memilih sama ada rukhsah atau azimah untuk melakukan ibadah.

Rukhsah merujuk kepada pengecualian dari peraturan umum yang diberikan untuk meringankan kesusahan, seperti mengizinkan wanita hamil untuk tidak berpuasa ketika bulan Ramadhan. Azimah pula bermaksud peraturan agama yang asal, memilih untuk terus berpuasa.

Malah, jika berpuasa menyebabkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan pada seseorang itu, maka adalah berdosa untuk berpuasa kerana ada bahaya.

Jika ibu hamil takut mengalami keburukan pada diri, maka boleh berbuka dan diwajibkan mengganti puasa itu semula bersama dengan membayar fidyah.

Jadi, wanita hamil tidak perlu berpuasa sekiranya perkara itu berpotensi memudaratkan diri dan anak.

[Sumber: MalayMail]

[Sumber Gambar: Oh Bulan]

Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Wanita hamil perlukah berpuasa? Ini pandangan ahli perubatan & agama

Wanita hamil perlukah berpuasa? Ini pandangan ahli perubatan & agama

22 April 2021
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

24 February 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN