• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CERDIK: 50,000 pelajar akan terima peranti pada hujung Mei, 100,000 lagi pada bulan September

  • OLEH Najib
  • 10:37 am
  • 26/04/2021
  • Komen
CERDIK: 50,000 pelajar akan terima peranti pada hujung Mei, 100,000 lagi pada bulan September
Share on FacebookShare on Twitter

CERDIK merupakan satu inisiatif kerajaan untuk menyediakan komputer dan tablet bersama sambungan internet kepada pelajar dari keluarga B40. Baru-baru ini, mereka mengumumkan akan menyediakan sekurang-kurangnya 50,000 peranti kepada pelajar untuk pembelajaran dalam talian pada akhir bulan Mei. Baki 100,000 peranti lagi, dijangka akan disalurkan menjelang hujung September 2021.

Kenyataan rasmi CERDIK memaklumkan, sebanyak 13,000 peranti telah pun disumbang oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) kepada pelbagai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Dilaporkan, lebih 1,000 pelajar telah pun menerima peranti mereka.



Program perintis ini telah dibiayai sepenuhnya oleh GLC/GLIC dan penderma korporat, di mana setiap pihak perlu melalui proses kawal selia masing-masing. Kesemua peranti telah disahkan yang terkini dengan kapasiti yang mencukupi untuk penaikan taraf perisian, bagi menyokong pembelajaran akademik di sekolah selama sekurang-kurangnya tiga tahun.

Selain itu, pengesahan kualiti, fungsi dan keselamatan setiap alat juga dipastikan untuk mencegah atau meminimumkan sebarang isu atau gangguan dalam pembelajaran digital. Setiap peranti CERDIK juga datang dengan sokongan teknikal dan jaminan yang diperlukan.



“COVID-19 telah memesatkan penggunaan digital buat orang ramai dan pembelajaran jarak jauh semakin menjadi satu kebiasaan. Program CERDIK diperkenalkan untuk merapatkan jurang sosio-ekonomi dengan memudahkan pembelajaran digital untuk golongan berpendapatan rendah. Program perintis ini membolehkan pembelajaran digital yang perlu dijadikan komponen asas dalam pendidikan anak-anak kita jika kita ingin meraih manfaat ekonomi melalui Revolusi Industri Keempat,” kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Abdul Aziz.

Syarikat-syarikat dan penderma korporat yang terlibat menjayakan program perintis CERDIK adalah seperti Khazanah Nasional Berhad (KNB) dan kumpulan syarikatnya, Yayasan PETRONAS (YP), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan kumpulan syarikatnya, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan kumpulan syarikatnya, serta Lembaga Tabung Haji.

Tags: CERDIKKhazanahkwspPNBtabung haji
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
CERDIK: 50,000 pelajar akan terima peranti pada hujung Mei, 100,000 lagi pada bulan September

CERDIK: 50,000 pelajar akan terima peranti pada hujung Mei, 100,000 lagi pada bulan September

26 April 2021
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN