• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Astro lancar pek HD dan pas Euro 2020 untuk pengguna NJOI

  • OLEH Najib
  • 4:36 pm
  • 27/04/2021
  • Komen
Astro lancar pek HD dan pas Euro 2020 untuk pengguna NJOI
Share on FacebookShare on Twitter

Astro hari ini mengumumkan ketibaan saluran berdefinisi tinggi (HD) untuk NJOI, platform TV satelit percuma dari Astro. Saluran HD di NJOI boleh dinikmati bermula dari 28 April 2021.

Pelanggan NJOI sedia ada dan baru boleh melanggan Pek NJOI HD dengan bayaran RM15 untuk langganan 30 hari. Sebanyak 10 saluran HD yang disediakan dalam PEK NJOI HD iaitu:



  1. Astro Prima
  2. Astro Oasis
  3. Astro Vaanavil
  4. Astro Xiao Tai Yang
  5. Astro AEC
  6. CCTV4
  7. Astro Awani
  8. Hello
  9. eGG
  10. Astro Arena
Antara kandungan yang terdapat dalam saluran NJOI HD

Untuk melanggan Pek NJOI HD, pengguna digalakkan untuk memuat turun aplikasi My NJOI. Ia akan sedia dimuat turun di Apple Appstore dan Google Playstore, bermula 28 April 2021. Pek NJOI HD juga boleh dibeli di saluran 200, laman rasmi NJOI, WhatsApp NJOI serta di peruncit-peruncit terdekat NJOI.

Aplikasi My NJOI menyediakan antaramuka yang ringkas dan cepat untuk NJOI dalam versi katalog. Pengguna NJOI boleh membuat tambah nilai kredit, serta menyemak baki kredit NJOI pada bila-bila masa, di mana sahaja. Aplikasi ini juga menyalurkan promosi dan tawaran baharu berkaitan NJOI.



Untuk mereka yang belum memiliki NJOI dan berminat mendapatkannya, boleh membelinya pada harga RM379. Maklumat lanjut mengenai NJOI boleh didapati dengan melayari www.njoi.com.my atau ke WhatsApp di 03-9543 8100.

Rebat dan Diskaun NJOI HD

Bagi menarik lebih ramai pelanggan, Astro menganjurkan dua promosi khas untuk pelanggan menaiktaraf dan menikmati perkhidmatan NJOI HD. Dua promosi tersebut adalah:

  1. Promosi My NJOI – Muat-turun aplikasi My NJOI hari ini dan jadi 5,000 pelanggan pertama yang membeli Pek NJOI HD menerusi aplikasi My NJOI dari 28 April 2021 – 31 Julai 2021, dan anda akan diberikan rebat bernilai RM10.
  2. Pek Prabayar dengan tawaran NJOI HD – Bagi mana-mana pelanggan yang membeli pek prabayar terpilih menerusi Pek NJOI HD, anda akan menerima diskaun sebanyak RM10 atau rebat bernilai RM10 sebagai sebahagian dari tawaran ‘bundled’, dari 30 April 2021 – 31 Oktober 2021.

Sports Pass EUFA EURO 2020

Istimewa untuk peminat bola sepak di NJOI, Astro menyediakan ‘Sports Pass’ di mana pengguna NJOI boleh menonton kesemua 51 perlawanan UEFA EURO 2020 dalam HD di dua saluran yang disediakan khas. Pas ini berharga RM70 untuk pembeli terawal, dari 5 hingga 31 Mei 2021. Selain itu, Astro juga menawarkan gabungan Pek NJOI HD bersama Sports Pass pada harga gabungan RM75 sahaja.

Pelanggan NJOI dengan Sports Pass juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik di dalam peraduan GAMEBIRA NJOI dari 5 Mei hingga 8 Ogos 2021. Hadiah yang disediakan seperti HDTV, baucar sukan dan barangan cenderahati istimewa EURO.

Tags: astroAstro NJOI
Najib

Najib

POPULAR

Astro lancar pek HD dan pas Euro 2020 untuk pengguna NJOI

Astro lancar pek HD dan pas Euro 2020 untuk pengguna NJOI

27 April 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER