• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lebih baik untuk keluarga bekerja, persatuan ibubapa setuju sekolah tetap dibuka

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:12 pm
  • 30/04/2021
  • Komen
Lebih baik untuk keluarga bekerja, persatuan ibubapa setuju sekolah tetap dibuka
Share on FacebookShare on Twitter

Pada awal minggu ini, Datuk Dr Radzi Md Jidin, Menteri Kanan Pendidikan mengumumkan bahawa, sesi pembelajaran selepas cuti Hari Raya Aidilfitri akan diteruskan dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Ia akan dilaksanakan selama dua minggu bagi menggantikan sesi bersemuka di sekolah.

Kes Covid-19 subkategori sekolah

Sehingga 23 April, Kementerian Kesihatan mengatakan ia mengesan lebih dari 30 kelompok dengan 1,420 kes yang melibatkan kategori sekolah atau institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan dari 1 Januari hingga 20 April.



Namun, data menunjukkan kelompok ini tidak lahir dari dalam kelas. Sebaliknya, guru atau murid yang dijangkiti kemungkinan besar mendapatnya melalui komuniti masing-masing, dan kemudian menjangkiti orang lain semasa mereka bersekolah.

Sokongan buka semula sekolah

Dalam pada itu, dua persatuan ibu bapa telah menyokong keputusan Kementerian Pendidikan untuk kekal membuka bilik darjah, walaupun mereka bimbang terhadap kemunculan beberapa kluster Covid-19 di sekolah dalam dua minggu terakhir ini.



Pengerusi kumpulan Parents Action Group for Education (PAGE) Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata, sekolah tetap menjadi pilihan paling selamat untuk keluarga yang bekerja dan tidak dapat menampung kos jagaan harian (daycare) anak mereka.

Penutupan sekolah juga menyebabkan anak-anak dari isi rumah berpendapatan rendah ketinggalan dalam pendidikan, kerana kebanyakannya tidak dapat membeli peralatan untuk belajar secara dalam talian.

Menurutnya lagi, pakar juga menunjukkan perlunya bimbingan ibu bapa semasa pembelajaran dalam talian, tetapi situasi ini telah menjadikan ia sukar kerana kebanyakan ibu bapa akan keluar bekerja.

Dalam pada itu, ahli Melaka Action Group for Parents in Education (Magpie) juga bersetuju dengan pembukaan sekolah dan mengatakan pihaknya mempercayai profesionalisme pemerintah untuk memastikan keselamatan anak-anak mereka.

Menurut pengerusinya Mak Chee Kin, lebih daripada separuh ibu bapa yang mereka pilih mahu anak-anak mereka bersekolah, dan menutupnya hanya sebagai jalan terakhir. Maka cadangannya ialah, anggota PIBG perlu secara sukarela membantu memantau pergerakan pelajar dan ibu bapa sebelum dan selepas sekolah.

Pada pendapat anda, proses pembelajaran wajar beroperasi seperti biasa atau melalui dalam talian sahaja dalam musim pandemik ini?

[Sumber: MalayMail]

Tags: COVID-19
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Lebih baik untuk keluarga bekerja, persatuan ibubapa setuju sekolah tetap dibuka

Lebih baik untuk keluarga bekerja, persatuan ibubapa setuju sekolah tetap dibuka

30 April 2021
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN