Teka-teki tentang ketibaan Redmi Note 5 ke Malaysia kini terjawab. Malah misteri tentang versi mana yang akan tiba juga nampaknya boleh dijangkakan dan akan memberi kelegaan kepada peminat Xiaomi. Bukan sepenuhnya terjawab tapi kami boleh katakan, 90% terjawab.
Stor rasmi Xiaomi di Lazada kini telah memuat naik banner yang menyatakan ketibaan Redmi Note 5 ke Malaysia. Redmi Note 5 akan datang tidak lama lagi, pada 24 April 2018. Atau hari Selasa minggu hadapan.
Dengan kenyataan dari stor rasmi ini sendiri, boleh dirumuskan Lazada adalah salah satu platform penjualan hari pertama Redmi Note 5 ini kelak.
Tentang persoalan besar yang kedua, versi manakah yang akan dibawa ke Malaysia? Persoalan ini boleh dikatakan terjawab menerusi gambar dan video yang terdapat di Facebook Mi Indonesia.
Ini kerana Redmi Note 5 akan dilancarkan di Indonesia pada hari Rabu ini, 18 April 2018. Kebiasannya, Indonesia dan Malaysia akan menerima model yang sama.
5 hari lagi menuju peluncuran #RedmiNote5 tanggal 18 April 2018 bareng JKT48 guys!
Share postingan ini kalau kamu…
Posted by Mi Indonesia on Thursday, 12 April 2018
Di sana, ia jelas menyatakan ia adalah Redmi Note 5 AI Dual Camera, versi yang dilancarkan di China. Kuasa dalamannya tidak berbeza dari yang dilancarkan di India, tetapi masih terdapat banyak perbezaan. Atau boleh dikatakan, versi China ada kelebihan.
Redmi Note 5 secara amnya dikuasakan cip pemproses Snapdragon 636, dengan RAM sehingga 6GB dan storan sehingga 64GB. Ia memiliki skrin lebar 18:9 seluas 5.99-inci dengan resolusi FHD+ 2160×1080.
Di China, Redmi Note 5 AI dibekalkan kamera belakang dwi-lensa 12MP F1.9 + 5MP, manakala kamera hadapan 13MP F2.2. Bateri sebesar 4,000mAh dimuatkan ke dalamnya, di mana ia dicas melalui sambungan USB-C mikro-USB 2.0 dan menyokong pengecasan pantas Qualcomm QuickCharge 3.0. Jika benar, pertama seumpamanya untuk siri Redmi.
Untuk lebih kepastian, kita nantikan pelancaran Redmi Note 5 di Indonesia pada hari Rabu ini. Nanti kita boleh tahu bukan sahaja tentang spesifikasinya, malah harganya yang kebiasaan tidak jauh berbeza dengan harga jualan di Malaysia.
Oh, satu perkara yang nampaknya besar perbezaan Mi Indonesia dan Mi Malaysia, adalah penggunaan artis untuk promosi. Nampaknya Mi Indonesia menggunakan cara yang sama seperti di China, melantik kumpulan penyanyi JKT48 yang mempunyai kaitan rapat dengan SNH48 untuk mempromosikan Redmi Note 5. Di Malaysia mungkin masih tidak perlu bantuan selebriti untuk membuat promosi. Ataupun sebenarnya, disebabkan ketiadaan kumpulan penyanyi KUL48.
#RedmiNote5 x JKT48 – Full Screen Camera Phone
4 hari menuju peluncuran #RedmiNote5! Yuk lah nonton dulu video Redmi Note 5 bareng dedek2 JKT48 yang super kece ini…
Share kalau kamu suka banget sama videonya yuk!! Jangan lupa kasi tau kita juga, apa sih yang paling kamu tunggu2 dari Redmi Note 5?
Posted by Mi Indonesia on Friday, 13 April 2018
#RedmiNote5 x JKT48 – Big Battery
Batere gede tahan lama? Pasti itu salah satu yg kamu butuhin kan? #RedmiNote5 udah pasti awet buat kamu pake maen games sama sosmed seharian! Cekidot video nya bareng JKT48! Share ke temen2 mu juga yuk!
Ingat guys! 3 hari lagi tanggal 18 April 2018 peluncurannya!
Posted by Mi Indonesia on Saturday, 14 April 2018