Kerajaan hari ini telah melancarkan program Jaringan Prihatin yang mensasarkan bantuan khusus untuk golongan B40. Sebanyak RM300 subsidi diberikan untuk keluarga B40, manakala individu B40 akan menerima RM180 untuk berhubung ke internet.
Sehubungan itu, syarikat telekomunikasi YES menyambut baik inisiatif kerajaan ini dengan memperkenalkan program, YES PRIHATIN. Malah, YES meningkatkan lagi tawaran ini dengan memberikan set lengkap untuk berhubung ke internet.
Program ini menyediakan telefon pintar percuma, data percuma dan kandungan pelajaran percuma kepada golongan B40 selama setahun. Jadi, penerima tidak perlu membayar satu sen pun untuk berhubung sepenuhnya secara digital sepanjang tahun.
Adalah penting untuk keluarga B40 menerima bantuan ini tanpa dikenakan bayaran walau sedikit. Dalam waktu wabak COVID-19 masih belum menurun dan pembelajaran dari rumah masih berlaku, bantuan sebegini dapat meringankan beban untuk keluarga B40 di samping memastikan anak-anak mereka terus menerima pendidikan walau di rumah.
Terdapat dua pelan yang diperkenalkan di dalam YES PRIHATIN iaitu pelan YES PRIHATIN Belajar Dari Rumah Keluarga dan pelan YES PRIHATIN Belajar Dari Rumah Individu. Kedua-duanya memberikan telefon pintar percuma dan data percuma selama setahun. Bukan itu sahaja, YES turut memberikan kandungan pendidikan dalam talian percuma dan baucer Shopee bernilai RM50 untuk mereka yang mendaftar.
Kenapa Memilih YES ?
Selain YES, inisiatif Jaringan Prihatin turut ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi lain. Tetapi YES amat yakin bahawa mereka menyediakan pelan paling lengkap dan lebih mampu dimiliki, terutamanya untuk golongan B40.
Kita boleh memahami dengan lebih jelas apabila melihat tawaran yang terdapat di semua syarikat telekomunikasi, jika golongan B40 mahu menerima telefon pintar dengan subsidi RM300.
Perkara paling bagus dapat dilihat di dalam jadual ini adalah, semua penyedia perkhidmatan memberikan panggilan tanpa had bersama pelan yang perlu diambil bersama telefon pintar yang disubsidi. Kuota data berbeza tetapi dilihat lebih banyak dari biasa, sekurang-kurangnya 30GB sebulan atau paling rendah, 16GB bersama beberapa aplikasi media sosial dan YouTube diberikan tanpa had kuota.
Tetapi ada beberapa syarikat yang mengenakan kontrak untuk pengguna jika mahu mendapatkan telefon pintar bersubsidi. Malah, perlu juga membayar wang pendahuluan untuk pelan jika mahu menerima telefon pintar ini.
Apa yang membezakan tawaran YES dengan yang lain adalah, ia tidak mengenakan sebarang yuran pendahuluan, tiada kontrak dan tiada langsung bayaran untuk mendapatkan telefon pintar secara percuma. Jadi, golongan B40 yang disasarkan oleh inisiatif ini tidak perlu risau mendaftar dengan YES kerana mereka tidak perlu mengeluarkan wang, tidak perlu membayar pelan setiap bulan kerana kontrak dan dapat telefon pintar percuma.
Daftar segera
Jika anda penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), anda layak untuk menyertai pogram YES PRIHATIN B40. Anda boleh mendaftar untuk menyertainya menerusi laman web YES PRIHATIN atau di aplikasi MyYes.
Pastikan anda mendaftar sekarang untuk memastikan anda dan keluarga dapat terus berhubung ke internet untuk menjalankan kerja dan belajar dari rumah. Jika anda tahu sesiapa lagi yang layak untuk mendaftar, jemput mereka untuk sertai program YES PRIHATIN sekarang.
Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, layari laman web YES PRIHATIN.