• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

4 platform sediakan tontonan filem & drama Melayu percuma

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:42 am
  • 20/06/2021
  • Komen
4 platform sediakan tontonan filem & drama Melayu percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Adakalanya, individu tidak mempunyai masa untuk mengikuti drama atau pun siri yang ditayangkan di TV, tetapi mahu menonton sesuatu yang menarik pada bila-bila masa dengan percuma. Oleh itu, berikut merupakan 4 cadangan platform yang anda boleh gunakan untuk mencari drama, filem atau siri melayu mengikut citarasa anda.

1. Viu

Viu merupakan platfrom yang menghimpunkan drama, filem, hiburan, dokumentari dan siri dari Viu sendiri. Antara siri menarik yang anda boleh tonton ialah Keluarga Baha Don, Black Season 2 dan Kampung Kolestrol.



Selain menayangkan produk dari Malaysia, ia juga menyediakan banyak siri dari pelbagai Negara seperti Singapura, India, China, Korea, Jepun, Thailand dan Indonesia. Bahkan, peminat animasi anime juga boleh menontonnya menerusi platform ini.

Jika berminat, anda boleh muat turun aplikasi Viu melalui App Store, Play Store atau tontonnya terus dari pautan ini.



2. iQiyi

Melalui iQiyi, pengguna boleh tonton semula drama melayu yang diterbitkan di TV3. Jadi, anda boleh turut serta dengan fenomena drama yang sedang tular meskipun anda tidak menontonnya pada waktu ia bersiaran di TV. Antara drama yang popular kini ialah Cukup Derita Itu, Sabarlah Duhai Hati dan Budak Tebing 2.

Di samping itu, iQiyi turut menyediakan pelbagai drama Korea dan Anime yang boleh anda pilih. Untuk menonton di platform iQiyi, anda boleh muat turun aplikasinya melalui App Store dan Play Store. Ia juga tersedia untuk ditonton di melalui pelayar web.

3. WeTV Iflix

Jika anda adalah peminat siri drama dan filem popular, WeTV Iflix boleh dijadikan salah satu platform tontonan anda. Ia menghimpunkan drama Melayu, filem Melayu, drama Korea, anime, kartun dan banyak lagi.

Selain itu, menerusinya juga anda boleh tonton sebahagian drama Melayu di TV3 yang pernah menjadi fenomena, contohnya seperti drama Tak Sempurna Mencintaimu, Penjara Janji dan Bidadari Salju.

Untuk menonton di platform WeTV Iflix, anda boleh muat turun aplikasinya melalui App Store dan Play Store. Ia juga tersedia untuk ditonton di melalui pelayar web.

4. Tonton

Tonton dimiliki oleh Media Prima Berhad, ia merupakan laman atas talian rasmi untuk saluran televisyen TV3, NTV7, 8TV dan TV9. Jadi, anda boleh menonton pelbagai rancangan rangkuman daripada keempat-empat saluran TV itu. Malah, rancangan yang sudah lama juga anda boleh cari dan tontonnya semula.

Anda boleh klik sini untuk menontonnya menerusi pelayar web atau muat turun aplikasi Tonton di App Store atau Play Store jika mahu mengaksesnya melalui telefon pintar anda.

Kesemua pilihan ini boleh memberikan akses kepada anda untuk tonton drama atau filem Melayu secara percuma. Tetapi, anda perlu tahu, untuk mendapatkan akses yang lebih selesa seperti tiada iklan dan menonton filem yang dikategorikan sebagai VIP, anda perlu melanggannya juga.

[Sumber gambar: Pexels]

Tags: iflixiQIYItontonViu
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

4 platform sediakan tontonan filem & drama Melayu percuma

4 platform sediakan tontonan filem & drama Melayu percuma

20 June 2021
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN