• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

HappyFresh luaskan perkhidmatan ke Utara bersama Cold Storage

  • OLEH Najib
  • 7:00 pm
  • 16/04/2018
  • Komen
HappyFresh luaskan perkhidmatan ke Utara bersama Cold Storage
Share on FacebookShare on Twitter

HappyFresh kini menyambut ulang tahun ke-3 perkhidmatannya di Malaysia, dengan meluaskan lagi perkhidmatannya. Dengan kerjasama GCH Retail (Malaysia Sdn Bhd) selaku pemilik Cold Storage, Happy Fresh berjaya membawakan konsep penghantaran barangan segarnya kepada pengguna di Pulau Pinang, dikatakan pertama di zon utara Malaysia.

Happy Fresh mendapat kerjasama GCH Retail awal tahun ini dengan 10 kedai mereka di Lembah Klang yang terlibat. Dengan maklum balas yang sangat menggalakkan, mereka kini bersedia memberi servis dalam talian ini di Pulau Mutiara.



Cold Storage menyediakan pelbagai produk tempatan dan luar negara terutamanya makanan segar seperti roti, daging dan ikan. Produk ini kini boleh dibeli dengan mudah menggunakan aplikasi Happy Fresh di telefon pintar.

Dua cawangan Cold Storage yang terlibat dalam kerjasama ini, iaitu Cold Storage Gurney Plaza dan Cold Storage Island Plaza. Penghantaran boleh dibuat dalam masa 1 jam mengikut pilihan waktu pengguna.



Bagi memeriahkan lagi sambutan ulang tahun ke-3 Happy Fresh dan perkhidmatan mereka di Pulau Pinang ini, mereka menyediakan beberapa ganjaran di antaranya:

  1. Baucer tunai Happy Fresh bernilai RM20 untuk digunakan dalam pembelian di Cold Storage menggunakan Happy Fresh.
  2. 1,000 pelanggan HappyFresh terawal akan menerima beg membeli-belah
  3. Hadiah misteri dari Cold Storage untuk 200 pelanggan pertama yang menggunakan HappyFresh untuk membeli barangan di Cold Storage.
  4. Diskaun untuk pengguna terawal HappyFresh:
    – 35% diskaun untuk 200 pelanggan pertama
    – 25% diskaun untuk 200 pelanggan seterusnya
    – 15% diskaun untuk pelanggan yang lain

Layari laman web www.happyfresh.my untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan HappyFresh. Aplikasi mudah alih HappyFresh boleh dimuat turun di Apple Appstore dan Google Playstore.

RM60 OFF your groceries!
??????????
Hello good people of Penang!
?‍♂?‍♀
HappyFresh is now at your service.
Use code:…

Posted by HappyFresh on Thursday, 12 April 2018

Tags: Cold StorageHappyFreshHappyFresh Pulau Pinang
Najib

Najib

POPULAR

HappyFresh luaskan perkhidmatan ke Utara bersama Cold Storage

HappyFresh luaskan perkhidmatan ke Utara bersama Cold Storage

16 April 2018
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

25 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN