• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SKMM beri amaran kepada penyedia internet terhadap penipuan data tanpa had

  • OLEH Najib
  • 1:05 pm
  • 21/05/2021
  • Komen
SKMM beri amaran kepada penyedia internet terhadap penipuan data tanpa had
Share on FacebookShare on Twitter

Surahanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka menerima laporan mengenai promosi data internet tanpa had yang mengelirukan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi. SKMM memaklumkan, pelbagai tindakan proaktif telah pun diambil dan akan terus diambil bagi mengatasi masalah berkenaan demi melindungi kepentingan pengguna.

Dalam kenyataan tersebut, SKMM telah mengeluarkan notis arahan mengikut Seksyen 127 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 kepada Celcom, Maxis, Tune Talk dan Webe (Unifi Mobile), atas ketidakpatuhan mereka kepada peruntukan berkaitan pengiklanan berpandukan Kod Amalan Am Pengguna bagi industri komunikasi dan multimedia. Mereka juga telah diarahkan untuk membuat tindakan pembetulan ke atas promosi dan iklan yang mengelirukan.



SKMM memberi amaran bahawa semua penyedia harus memberikan maklumat berkaitan promosi dengan jelas, mudah difahami dan tidak mengelirukan. Perkara ini penting supaya pengguna dapat membuat pilihan pakej langganan yang bersesuaian.

Dalam pemantauan SKMM, didapati bahawa masih terdapat penyedia perkhidmatan yang membuat promosi mengelirukan dan tidak menyatakan secara jelas terma dan syarat bagi perkhidmatan yang ditawarkan termasuk mengenai Polisi Penggunaan Saksama (Fair Usage Policy, FUP). Perlu dimaklumkan bahawa FUP adalah pendekatan untuk memberi pengalaman setara untuk semua pengguna dan membendung penggunaan keterlaluan yang akan menjejas pengalaman pengguna amnya. Pihak penyedia perkhidmatan yang ingkar boleh didenda di bawah Seksyen 242 AKM 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau dua (2) tahun penjara atau kedua-duanya sekali.



Sudah banyak kali penyedia perkhidmatan ditemui, menyalahgunakan terma FUP dalam mempromosikan internet tanpa had mereka. Antaranya adalah mengenakan sekatan kelajuan apabila mencapai kuota dan mengenakan had kuota yang besar tetapi menyatakan ia tanpa had.

  • Iklan sebelum, data tanpa had
  • Iklan sekarang, data 2x ganda
Contoh penyalahgunaan terma tanpa had

Selain itu, SKMM juga menyeru kepada semua pengguna untuk memahami maklumat promosi pelan yang ditawarkan sebelum membeli atau melanggannya. Pastikan juga pelan yang ingin dilanggan itu adalah bersesuaian mengikut keperluan dan penggunaan masing-masing. Nasihat yang sama turut ditujukan kepada pihak ibu bapa yang melaksanakan sesi PdPR di rumah untuk anak-anak mereka.

Jika anda menemui sebarang terma dan syarat penyedia perkhidmatan internet yang meragukan, boleh melaporkannya kepada SKMM. Pihak kami juga sedia membantu untuk meneliti masalah tersebut untuk tindakan susulan.

[Sumber: SKMM]

Najib

Najib

POPULAR

SKMM beri amaran kepada penyedia internet terhadap penipuan data tanpa had

SKMM beri amaran kepada penyedia internet terhadap penipuan data tanpa had

21 May 2021
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN