Lego memperkenalkan set Lego Ninjago terbaru kepada peminat karakter Ninja dalam siri Lego Ninjago. Semua set yang diketengahkan ini dilihat bertemakan ninja dan kawasan laut.
Bermula dari 1 Jun 2021, anda boleh mula mendapatkan set Lego Ninjago Final Flight of Destiny’s Bounty yang merupakan set bata lego sesuai untuk kanak-kanak seawal usia 4 tahun.
Ibarat berada di kawasan air, ia menampilkan jet ski, mainan naga, sebuah pulau dengan penjara, serta empat karakter kecil iaitu Kai, Zane, Jay dan Karen.
Untuk kanak-kanak berusia 8 tahun ke atas, mereka boleh bermain dengan set permainan Lego Ninjago Water Dragon. Dalam set ini, ia disertakan karakter naga yang mempunyai kepala, rahang, kaki, leher, sayap dan ekor yang bergerak dan ia boleh digunakan sebagai senjata.
Selain dasar laut, anda juga boleh memilih set Lego Ninjago Temple of the Endless Sea untuk membina bata lego yang kononnya berada di bawah laut.
Lego juga mengeluarkan set Lego Ninjago Hydro Bounty, dengannya kanak-kanak boleh berimajinasi menyelam ke dasar laut bersama ninja menggunakan satu kapal selam dan dua kapal selam mini.
Set Lego Ninjago ini kini tersedia di Kedai rasmi Lego, Kedai sah Lego di Lazada dan Shopee, Legoland, serta peruncit dan gedung serbaneka utama di Malaysia.
Musim baru siri TV Lego Ninjago
Musim ketiga siri TV Lego Ninjago berjudul The Abyss and the Flood akan menemui penonton pada tahun ini. Bahagian pertama musim ini terdiri daripada empat episod, akan menyaksikan ninja memulakan misi menyelamat ke pulau yang belum dipetakan untuk menyelamatkan ibu Lloyd dan Master Wu.
Penonton yang berminat boleh menonton episod ini di Cartoon Network saluran 635 Astro pada 12 Jun 2021 jam 12 petang dan 6 petang, atau menontonnya di halaman YouTube Lego pada 18 Jun 2021.
Untuk bahagian kedua, ia membawa tajuk The Island. Ada 16 episod tersedia dan satu episod berdurasi 11 minit. Satu tayangan perdana akan disiarkan untuk bahagian kedua ini di Netflix pada 1 Julai 2021.
Cartoon Network juga akan adakan tayangan perdana pada setiap hari Sabtu dari 17 Julai 2021, 3.45 petang sehingga 4 petang. Siaran ulangan akan tersedia setiap hari Ahad dari 18 Julai 2021 pada jam 11.45 pagi, dan setiap hari Jumaat dari 23 Julai 2021 pada jam 3.45 petang. Ia juga akan dilancarkan di Netflix pada 1 September 2021.
Episod ini juga akan tersedia di saluran YouTube Lego bermula 17 Julai 2021.