• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Poco M3 Pro 5G akan dilancar di Malaysia bulan hadapan

  • OLEH Najib
  • 10:27 am
  • 27/05/2021
  • Komen
Poco M3 Pro 5G, peningkatan sangat ketara kecuali bateri & kamera
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar 5G paling murah dari Poco iaitu Poco M3 Pro 5G, baru sahaja dilancarkan di Eropah minggu lepas. Tidak lama lagi, ia akan tiba di Malaysia apabila majlis pelancarannya telah diumumkan oleh Poco Malaysia.

Majlis pelancaran ini akan diadakan pada hari Selasa, 1 Jun 2021. Ia akan dibuat secara langsung menerusi Facebook Poco Malaysia, bermula pukul 8 malam. Kita mungkin akan mengetahui harga dan tarikh jualan Poco M3 Pro 5G di Malaysia, serta promosi untuk pembeli terawal.



Untuk rujukan, Poco M3 Pro 5G dilancarkan di Eropah dengan varian dan harga seperti berikut:

  • Poco M3 Pro 5G (RAM 4GB + Storan 64GB) – EUR 179 (~RM904)
  • Poco M3 Pro 5G (RAM 6GB + Storan 128GB) – EUR 199 (~RM1,005)

Jangan pula terkejut melihat harga ini kerana harga di Malaysia kebiasaannya lebih rendah berbanding harga di Eropah.



Jika anda belum kenal, Poco M3 Pro 5G adalah telefon yang berbeza hampir di semua aspek berbanding Poco M3 yang berharga di bawah RM600. Versi 5G ini dikuasakan cip Mediatek Dimensity 700 7nm dengan sokongan 5G terbina di dalam. Ia digandingkan bersama RAM LPDDR4x dan storan UFS 2.2.

Kameranya ada tiga di belakang, gandingan kamera utama 48MP, kamera potret 2MP dan kamera makro 2MP. Tiada kamera ultra lebar padanya. Untuk swafoto, ia dilengkapi kamera 8MP di dalam lubang di dahi skrin.

Skrin telefon ini berukuran 6.5-inci HD Penuh jenis LCD, dengan kadar penyegaran 90Hz. Pengimbas capjari digabungkan dengan butang kuasa di tepi. Bateri pula 5,000mAh, lebih kecil dari Poco M3 tetapi kekal dengan sokongan pengecasan pantas 18W melalui USB-C.

Kalau anda perasan, spesifikasi Poco M3 Pro 5G ini sangat serupa dengan Redmi Note 10 5G yang baru dilancarkan di Malaysia, pada harga RM799 dengan RAM 8GB dan storan 128GB. Yang berbeza adalah rupa luaran sahaja.

Adakah Poco M3 Pro 5G ini akan menjadi lebih murah dari Redmi Note 10 5G dan merampas takhta telefon pintar 5G paling murah di Malaysia? Jika Poco menawarkan storan 64GB, sudah pasti ia akan memiliki harga yang lebih murah.

Nanti laporan lanjut kami pada hari pelancaran Poco M3 Pro 5G di Malaysia pada hari Selasa, 1 Jun 2021.

[Sumber: Poco Malaysia]

Tags: PocoPoco M3 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Poco M3 Pro 5G, peningkatan sangat ketara kecuali bateri & kamera

Poco M3 Pro 5G akan dilancar di Malaysia bulan hadapan

27 May 2021
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER