• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Iran haramkan perlombongan kriptowang untuk seketika

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:37 pm
  • 27/05/2021
  • Komen
Iran haramkan perlombongan kriptowang untuk seketika
Share on FacebookShare on Twitter

Di Iran, hampir 83% perlombongan kriptowang adalah haram kerana tidak memiliki lesen. Ia menyebabkan pihak kerajaan tidak mampu memantau penggunaan tenaga elektrik sehingga menyebabkan berlakunya gangguan bekalan elektrik yang kerap di beberapa bandar-bandar besar negara itu.

Bagi membendung masalah itu, kerajaan Iran telah mengenakan pengharaman terhadap aktiviti melombong kriptowang, sama ada yang ada lesen ataupun tidak, selama 4 bulan sehingga 22 September 2021.



Selain lombong kriptowang yang menelan banyak tenaga, Iran juga mengatakan yang kemarau adalah punca bekalan tenaga yang dijana daripada stesen janakuasa hidro berkurangan.

Pembekal tenaga elektrik negara itu melaporkan yang lombong kriptowan berlesen menggunakan sekitar 300 Megawatt tenaga sehari, namun lombong haram menelan sehingga 2 Gigawatt tenaga sehari.



Iran kini sedang berbincang dengan A.S untuk menghidupkan semula program nuklear mereka bagi menjana sumber tenaga elektrik yang diperlukan lombong-lombong elektrik ini.

Sejak Julai 2019 lagi, negara itu berusaha sedaya upaya membanteras aktiviti perlombongan haram. Iran asalnya melihat kriptowang adalah sebagai workaround kepada sekatan eknomi yang dikenakan oleh A.S keatas negara itu sejak 1979.

1,000 Mesin Melombong Kriptowang Dirampas Dek Cetus Ketakstabilan Dalam Grid Tenaga

Namun, apabila ia menjejaskan kehidupan rakyat sendiri, sudah tiba masanya Iran mengawal selia isu tersebut dengan lebih keras.

[Sumber: Al Jazeera, gambar pemuka]

Tags: bitcoinkriptowang
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Iran haramkan perlombongan kriptowang untuk seketika

Iran haramkan perlombongan kriptowang untuk seketika

27 May 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN