• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Telco Allo

Celcom meluaskan liputan jalur lebar dengan kerjasama Allo, beri 6 bulan percuma untuk kediaman terpilih

  • OLEH Najib
  • 11:20 am
  • 28/05/2021
  • Komen
Celcom meluaskan liputan jalur lebar dengan kerjasama Allo, beri 6 bulan percuma untuk kediaman terpilih
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi meluaskan lagi liputan dan capaian perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi di Malaysia, Celcom dan beberapa anak syarikat di bawahnya, telah menandatangani perjanjian akses dengan Allo Technology Sdn. Bhd (Allo), sebuah anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Kerjasama antara Celcom dan Allo ini membolehkan kedua-dua syarikat memperluaskan Perkhidmatan Rangkaian Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) ke lebih banyak kawasan di Semenanjung Malaysia. Celcom juga bakal memperluaskan liputan perkhidmatan Celcom Home Fibre kepada lebih banyak isi rumah melalui infrastruktur rangkaian HSBB dan kepakaran yang disediakan oleh Allo.



Dengan kerjasama ini, ia membolehkan Celcom meluaskan pasarannya dengan serta-merta kepada 80,000 kediaman di beberapa kawasan di dalam Melaka, Perak dan Cyberjaya. Jumlah ini akan bertambah dalam tahun 2021, apabila Allo memperluaskan infrastruktur tersebut ke negeri lain seperti Selangor, Kedah, Johor, Penang dan Negeri Sembilan meliputi kira-kira 150,000 kediaman.

Selain itu, dengan infrastruktur fiber Allo, ia juga membolehkan Celcom meluaskan lagi tawaran perkhidmatannya kepada segmen lain, termasuk tawaran komersial kepada perusahaan. Kerjasama ini sekaligus menepati aspirasi Jalinan Digital Negara (Jendela) yang menyasarkan peluasan perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi, serta memenuhi komitmen Celcom untuk kesalinghubungan digital berkualiti ke setiap pelusuk negara.



Percuma 6 bulan untuk kediaman terpilih

Sebagai sebahagian daripada program permulaan, Celcom dan Allo akan menyediakan kesalinghubungan percuma ke beberapa kediaman terpilih di negeri Melaka. Ia melibatkan beberapa keluarga di kawasan termasuk Felda Kemendor di Jasin, Melaka, bagi membolehkan mereka menikmati perkhidmatan kesalinghubungan percuma selama enam bulan dan membantu isi rumah yang bekerja atau belajar dari rumah.

Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata kerjasama ini mengukuhkan komitmen Celcom yang berterusan dalam penyediaan internet berkelajuan tinggi kepada lebih ramai rakyat Malaysia, khususnya dalam tempoh yang mencabar kini.

Idham Nawawi, CEO Celcom

“Sepanjang tempoh pandemik ini, corak penggunaan berubah dan meningkatkan penggunaan data serta permintaan bagi internet yang lebih berkualiti. Perkhidmatan Konvergen Jalur Lebar terus berevolusi untuk menjadi pemangkin utama dalam ekonomi, serta memberi faedah dalam kehidupan ramai rakyat Malaysia melalui pembelajaran atas talian, bekerja dari rumah dan lain-lain. Perjanjian ini juga merupakan kesinambungan dalam perjalanan kesalinganhubungan konvergen yang kami sediakan, yang juga menandakan satu lagi jalinan kerjasama dan pencapaian kami. Gabungan antara kekuatan kami sebagai penyedia rangkaian 4G terluas di negara ini serta kolaborasi bersama rakan industri termasuk Allo akan menyediakan potensi capaian Celcom kepada 4.2 juta kediaman, serta membolehkan kami dalam memenuhi permintaan pengguna dengan lebih cepat dan efisyen.

“Kerjasama dengan Allo turut memperlihatkan azam kami dalam menyokong aspirasi kerajaan melalui Jalinan Digital Negara (JENDELA), yang menyasarkan kesalinghubungan yang inklusif dan pengalaman digital yang lebih berkualiti. Selain itu, ia terus memperkukuhkan komitmen kami dalam kolaborasi industri dan perkongsian infrastruktur dalam mewujudkan situasi ‘menang bersama’, seterusnya memberi manfaat kepada rakyat, kerajaan, dan ekosistem digital,” tambah Idham lagi.

Rodzi Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Allo, memuji usaha dalam menjalin kerjasama tersebut dalam memberikan pengalaman kesalinghubungan yang lebih baik, dengan kadar yang lebih pantas melalui Akses Rangkaian Terbuka Allo.

Rodzi Ahmad, CEO Allo

“Kebergantungan kepada hubungan internet terus meningkat, lebih-lebih lagi dalam tempoh pandemik ini. Kami telah menyaksikan dan memahami permintaan untuk kesalinghubungan yang lebih berkualiti dengan pelbagai pilihan perkhidmatan, dan ia menjadi objektif utama kami dalam menghubungkan rakyat Malaysia dengan infrastruktur HSBB kami, selari dengan matlamat kerajaan.

“Kerjasama ini memperlihatkan Celcom juga mempunyai matlamat yang sama seperti Allo. Bersama-sama kami akan menggunakan peluang ini untuk merapatkan jurang digital dengan mengupayakan kawasan yang belum dicapai (tiada hubungan melalui fiber) serta mempertingkatkan penggunaan jalur lebar di negara ini. Allo komited untuk memperluas infrastruktur fiber kami dan lebih ramai rakan industri akan mempunyai keupayaan menyediakan perkhidmatan untuk memperluaskan perkhidmatan mereka di lebih banyak kawasan di seluruh negara,” menurut Rodzi.

Tags: Allocelcom
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Celcom meluaskan liputan jalur lebar dengan kerjasama Allo, beri 6 bulan percuma untuk kediaman terpilih

Celcom meluaskan liputan jalur lebar dengan kerjasama Allo, beri 6 bulan percuma untuk kediaman terpilih

28 May 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER