Jika anda ada menyimpan hasrat memiliki telefon pintar Galaxy Note 20, sekarang adalah masa yang sesuai kerana Samsung Malaysia mengumumkan diskaun sebanyak RM1,100 untuk model tersebut. Diskaun ini diberi kepada kedua-dua model 5G, Galaxy Note 20 5G dan Galaxy Note 20 Ultra 5G.
Promosi untuk Galaxy Note 20 5G ini berjalan dari 29 Mei sehingga 4 Julai 2021, diadakan sempena jualan pertengahan tahun. Ia juga hanya ditawarkan di Stor Online Samsung Malaysia, dan Stor Samsung Experience terpilih.
Harga siri Galaxy Note 20 selepas diskaun RM1,100 adalah seperti berikut:
- Galaxy Note20 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) –
RM4,299RM3,199 - Galaxy Note20 Ultra 5G (RAM 12GB + Storan 256GB) –
RM5,199RM4,099
Menurut Samsung, tawaran ini hanya menyediakan 2,300 unit dengan diskaun RM1,100 dalam promosi ini.
Samsung juga mengumumkan diskaun RM100 untuk Galaxy A32 LTE. Dari harga asal RM1,099, ia kini dijual pada harga RM999 sehingga 4 Julai 2021. Maklumat lanjut boleh dirujuk di Jualan Pertengahan Tahun Samsung.
Galaxy Note 20 dan Note 20 Ultra 5G dikuasakan oleh cip Exynos 990. Bagi Galaxy Note 20 5G, ia memiliki skrin Super AMOLED Plus 6.7-inci HD Penuh 60hz, bateri 4,300mAh dan menyokong pengecasan pantas 45W.
Terdapat tiga kamera di belakang Galaxy Note 20 5G iaitu kamera utama 12MP, kamera ultra lebar 12MP dan kamera 64MP untuk telefoto. Kamera hadapan pula 10MP, di dalam lubang di dahi skrin.
Bagi Galaxy Note 20 Ultra 5G, skrinnya lebih besar iaitu 6.9-inci Quad HD, dengan paparan Dynamic AMOLED 2X 120hz. Bateri juga lebih besar, 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 45W.
Kamera belakang pula gabungan kamera utama 108MP, kamera ultra lebar 12MP dan kamera telefoto 12MP. Kamera hadapan sama, 10MP di dalam lubang di dahi skrin.
Kenali lebih lanjut mengenai siri Galaxy Note 20 di sini.