• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Fitbit Ace 3 edisi khas Minions, tampil dengan tali jam eksklusif beserta paparan skrin menarik

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:49 pm
  • 02/06/2021
  • Komen
Fitbit Ace 3 edisi khas Minions, tampil dengan tali jam eksklusif beserta paparan skrin menarik
Share on FacebookShare on Twitter

Fitbit perkenalkan jam tangan pintar Ace 3 edisi khas dengan animasi Minions sesuai untuk kanak-kanak berusia 6 tahun ke atas. Penambahan terbaru untuk edisi ini ialah ciri peringatan untuk pengguna bergerak dan sasaran aktiviti harian. Semua ciri ini dikuasakan oleh jangka hayat bateri selama lapan hari sama seperti Fitbit Ace 3 keluaran dahulu.

Rekaan jam tangan

Jam tangan edisi ini membawa karakter Minion bukan sahaja pada paparan skrin, tetapi ia juga terukir eksklusif pada tali jam dengan reka bentuk Minions yang timbul. Selain itu, material jam tangan ini diperbuat daripada silikon dan bumper yang mampu membuatkan pemakai sentiasa berasa selesa.



Kanak-kanak dengan mana-mana peranti Ace 3 juga boleh menggunakan tali bertema Minions, Despicable Blue dan Mischief Black. Kedua-dua rekaan tali jam ini akan dijual berasingan.

Eksklusif untuk semua pengguna jam tangan pintar Fitbit Ace 3, ada wajah jam animasi baru tersedia untuk mereka aktifkan. Mereka boleh pilih untuk menjadi bos Minions yang terbaru dengan pelbagai ekspresi seperti berlari, menari, menaiki papan luncur dan berenang.



Selain itu, dengan edisi khas Minions ini juga, tidak lama lagi semua pengguna Fitbit dapat menikmati lencana aktiviti bertema minions dalam aplikasi Fitbit untuk setiap pencapaian mereka. Lencana tersebut akan memaparkan 3 karakter Minion yang popular iaitu Stuart, Kevin dan Bob.

Ciri dalam edisi khas Minions

Jam pintar edisi ini mempunyai perlindungan privasi sama dengan semua barisan produk Ace, jadi anak-anak anda dapat memberi tumpuan kepada amalan aktiviti sihat, sementara ibu bapa dapat memastikan privasi anak mereka dilindungi melalui aplikasi Fitbit.

Untuk mempromosikan pengembangan tabiat sihat, Ace 3 dan Ace 3 edisi khas Minions menggunakan aplikasi Kid View yang menunjukkan data paling penting, seperti aktiviti dan statistik tidur anak. Di situ juga akan tertera paparan jam, avatar dan lencana yang yang mereka perolehi.

Harga dan jualan

Fitbit Ace 3 Edisi Khas Minions ini akan dijual pada harga RM328. Selain itu, tali jam silikon dengan rekaan Minions Despicable Blue dan Mischief Black yang serasi dengan semua jam tangan pintar Ace 3 juga tersedia untuk di beli pada harga RM98.

Anda boleh dapatkannya melalui kedai dalam talian Fitbit dan di Harvey Norman serta kedai rasmi Fitbit di Lazada dan Shopee bermula pada 7 Jun 2021.


Tags: FitbitFitbit Ace 3
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Fitbit Ace 3 edisi khas Minions, tampil dengan tali jam eksklusif beserta paparan skrin menarik

Fitbit Ace 3 edisi khas Minions, tampil dengan tali jam eksklusif beserta paparan skrin menarik

2 June 2021
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER