• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Instagram dedah rahsia bagaimana mereka buatkan anda ketagih dengannya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:45 am
  • 09/06/2021
  • Komen
Instagram akan ada lebih banyak iklan selepas ini
Share on FacebookShare on Twitter

Instagram, melalui satu utusan di blog mereka menjawab beberapa kemusykilan yang berlegar-legar dalam kepala penggunanya seperti:

  1. Bagaimanakah cara Instagram pilih kandungan yang perlu ditunjukkan kepada saya terlebih dahulu?
  2. Kenapa ada sesetengah utusan saya di Instagram terima lebih banyak view daripada biasa?
  3. Bagaimanakah Instagram memilih jenis utusan yang mungkin saya berminat untuk dimasukkan di Explore?

Ceritanya bermula sekitar 2016 apabila semakin mustahil untuk Instagram memaparkan semua utusan-utusan penggunannya kepada anda mengikut urutan masa dek frekuensi orang mengutuskan kandungan di platform mereka.



Oleh sebab itu, mereka merangka sejumlah algoritma bagi membantu mempertimbang dan memilih kandungan yang akan dipaparkan kepada anda mengikut parameter-parameter tertentu. Perkara ini lantas meluputkan spekulasi yang Instagram menggunakan 1 algoritma khas, sebaliknya mereka gunakan algoritma yang berbeza untuk bahagian di Instagram yang berbeza seperti di Feed, Exploirer, dan Reels.

Semasa anda menggunakan Instagram, algoritma akan belajar daripada pola penggunaan anda dan mula mengenal pasti “isyarat”. Isyarat yang dicari asasnya adalah seperti:



  1. Berapa lama masa anda habiskan di sesuatu utusan
  2. Adakah anda menekan butang Like
  3. Adakah anda menurunkan komen
  4. Adakah anda membuka profile pengutus

Tak terhad di situ, apa-apa saja jenis pelayar, jenis sistem operasi, jenis telefon juga menjadi salah satu “isyarat” kepada algoritma Instagram dalam mempertimbangkan bagaimanakah rupa Feed and di Instagram.

Kesimpulannya, apa yang dihidangkan Instagram kepada anda ialah bertujuan untuk memastikan anda habiskan sebanyak masa yang boleh dengan Instagram. Perkara ini tak terhad kepada Instagram saja, ia melibatkan semua platform medsos atas muka bumi ini.

Sebab itulah di WhatsApp, sekiranya anda lama tidak membuka APP itu dan tiada mesej masuk, tetap aka nada notifikasi yang menujukkan “Checking for message” bagi mencetuskan interaksi dengan APP tersebut.

Memang sukar untuk mengubah tabiat diri sendiri, apatah lagi mengubah tabiat penggunaan media sosial seperti Instagram ini. Namun, ada tiga perkara khusus yang boleh anda lakukan bagi memperkemas cara algoritma Instagram menilai anda.

Yang pertama adalah menggunakan ciri Close Friends bagi mengehadkan siapakah yang boleh melihat utusan anda di sana. Kemudian, anda boleh “Mute” profile Instagram yang tidak ingin anda lihat. Seandainya anda dihidangkan dengan utusan Instagram daripada akaun rawak yang tak anda sukai, ada butang “Not Interested” untuk mengajar algoritma Instagram tentang ketakselesaan anda terhadap sesuatu kandungan.

Sumber: Instagram

Tags: instagrammedsos
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Instagram akan ada lebih banyak iklan selepas ini

Instagram dedah rahsia bagaimana mereka buatkan anda ketagih dengannya

9 June 2021
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma

Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma

19 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER