• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kemaskini perisian Oppo Reno 5 & A74 untuk terima memori tambahan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 10:42 am
  • 10/06/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda menggunakan siri telefon pintar siri Oppo Reno 5 atau A74, anda kini boleh memperoleh prestasi yang lebih baik pada telefon anda dengan menggunakan Memory Expansion Technology, ciri RAM Expansion yang baru tersedia.

Diperkenalkan melalui kemaskini perisian, pengguna dapat memperluaskan kapasiti penyimpanan memori RAM telefon pintar sehingga 7GB untuk siri Reno 5 dan 5GB untuk telefon pintar siri A74.



Fungsi RAM Expansion

Fungsi ini membolehkan pengguna untuk menukar sementara sebahagian daripada storan dalaman telefon pintar mereka kepada RAM maya. Pengguna juga akan diberi kebebasan untuk menyesuaikan jumlah pengembangan RAM dengan tiga tahap.

Untuk mengaktifkan ciri ini, anda boleh ikut cara di bawah:



  1. Pergi ke tetapan dan masuk ke halaman About Phone
  2. Tekan pada RAM
  3. Aktifkan pilihan pengembangan RAM (RAM Expansion)
  4. Pilih peruntukan memori.

Selain itu, akan ada juga pilihan untuk anda lihat paparan perincian penggunaan RAM semasa menjalankan aplikasi di telefon. Apabila ia diaktifkan, anda akan dapat lihat maklumat mengenai penggunaan RAM pada task screen.

Kemas kini perisian ini boleh di aktifkan pada tarikh berikut:

  1. Oppo Reno 5 4G – Jun 2021
  2. Oppo Reno 5 Pro 5G – Julai 2021
  3. Oppo Reno 5 F – Jun 2021
  4. Oppo A74 4G – Sudah tersedia
  5. Oppo A74 5G – Sudah tersedia

Dengan adanya RAM Expansion, pengguna dapat menikmati prestasi yang lebih baik pada peranti ketika melakukan suntingan gambar atau semasa bermain permainan video. Ia juga memberikan prestasi yang lebih lancar apabila anda melakukan pelbagai perkara serentak melalui telefon.

Selain itu, ciri baru ini turut memberikan pengguna keupayaan untuk menguruskan prestasi telefon pintar sendiri mengikut keperluan masing-masing.

Tags: Oppo A74Oppo Reno 5
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Kemaskini perisian Oppo Reno 5 & A74 untuk terima memori tambahan

10 June 2021
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Huawei MatePad Air 2026 diperkenal dengan skrin PaperMatte OLED 144Hz dan enam pembesar suara

Huawei MatePad Air 2026 diperkenal dengan skrin PaperMatte OLED 144Hz dan enam pembesar suara

15 July 2026
240319 Cara Elak Telefon Pintar Panas

TIPS: 7 cara perlu buat elak telefon pintar cepat panas (2024)

3 April 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN