• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hisense U900KF dan U7G tawar pengalaman menonton dalam resolusi sehingga 8K

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:02 am
  • 10/06/2021
  • Komen
Hisense U900KF dan U7G tawar pengalaman menonton dalam resolusi sehingga 8K
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas keluarga A6500G dan A6100G yang kami laporkan mula Hisense jual di Malaysia, Hisense kini melancarkan pula 2 model flagship bersempena EURO 2020 yang bakal berlangsung pada 11 Jun 2021.

Ada dua model ditawarkan pada kali ini iaitu:



  • Hisense U900KF 8K Android TV
  • Hisense ULED TV U7G

Hisense U900KF

Ini adalah antara TV 8K pertama daripada Hisense. Ia hadir dalam panel bersaiz 75” pada resolusi 7680×4320. Sebagai model flagship jenama itu, anda boleh jangkakan pelbagai komonen berteknologi tinggi disematkan bersama-sama TV ini.

Misalnya, U900KF diperkasa teknologi Quantum Dot yang mampu berikan penghasilan warna yang lebih baik berbanding TV konvesional. Dalam pada masa yang sama, TV ini dilengkapi 100 zon dimming untuk kesan pencahayaan yang lebih jitu.



Atas paparan pula dilapisi lapisan anti silau yang katanya boleh kurangkan lebih 60% silau berbanding TV konvesional.

Di bahagian audio, ada macam-macam piawaian telah dilepasi TV ini. Ia ada Dolby Vision Atmos, Dolby Atmos, dan Dts X.

Seandainya TV ini digunakan untuk bermainan permainan video melalui konsol generasi baharu, panel paparan U900KF mampu memberikan kadar segar semula setinggi 120Hz dan pada masa yang sama meminimumkan sela masa antara input alat pengawal dengan gerak balas di TV melalui automatic low latency mode.

Untuk ciri-ciri pintar, TV ini mendukung sistem oeprasi Android TV, jadi anda bolehlah pasang macam-macam aplikasi yang sedia anda nikmati daripada produk-produk Android TV yang lain.

HiSense U900KF dijual pada harga RM24,999.

Hisense U7G

Sekiranya 75” di U900KF terlalu besar buat anda, anda boleh usyar keluarga U7G yang ditawarkan dalam saiz 65” dan 55”. Kedua-dua TV ini mewarisi banyak ciri-ciri menarik U900KF.

Misalnya, ia ada ciri Quantum Dot Colour untuk penghasilan warnya yang baik serta ciri zon dimming yang mampu pertingkatkan berikan kesan pencahayaan yang lebih jitu. Sungguhpun panel 4K UHD pada keluarga U7G tidaklah seterang U900KF yang mampu capai 1000 nits, pada 700 nits dan dengan bantuan HDR, pengalaman menonton saya rasakan tidak terganggu pun dengan perbezaan 300 nits.

Panel paparan U7G miliki kadar segar semula natif pada 120hz. Ia cukup baik untuk tamping konsol permainan generasi baharu. Kalau anda gunakan konsol generasi lama sekalipun, ia akan bantu untuk pacu refresh rate ke paras lebih tinggi dengan teknologi Variable Refresh Rate Mode (VRR).

Di bahagian ciri-ciri pintar, U7G mendukung sistem operasi Vidaa U5, sama seperti model A6100G yang kami lapurkan dulu.

Hisense U7G hadir bersama jaminan sehingga 3 tahun dan mereka dijual pada harga RM4,399 untuk 55” dan RM5,999 untuk 65”

Tags: 8kHiSensehisense u7ghisense u900kfquantum dotTV
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Hisense U900KF dan U7G tawar pengalaman menonton dalam resolusi sehingga 8K

Hisense U900KF dan U7G tawar pengalaman menonton dalam resolusi sehingga 8K

10 June 2021
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER