• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Beli telefon pintar siri Vivo V21 & terima rebat, baucar serta peluang sertai cabutan bertuah

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:54 pm
  • 10/06/2021
  • Komen
Beli telefon pintar siri Vivo V21 & terima rebat, baucar serta peluang sertai cabutan bertuah
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia mengadakan kempen “Goal Goal Goal Sales” bermula 1 Jun 2021 sehingga 30 Jun 2021. Melalui kempen ini, Vivo menyediakan pelbagai hadiah menarik untuk diberikan kepada pelanggan yang membeli siri Vivo V21.

Pertama, pelanggan yang membeli telefon pintar siri Vivo V21 layak menerima rebat RM50 beserta baucar Ogawa bernilai RM100. Ini termasuk jaminan lanjutan (extended warranty) 1 tahun, perlindungan skrin retak 1 tahun bernilai RM399 serta perkhidmatan penjagaan vivo VIP.



Pembelian boleh dilakukan di semua kedai konsep Vivo, platform dalam talian rasmi Vivo Lazada, Shopee, rangkaian rakan kongsi Vivo dan kedai peniaga yang sah. Berikut merupakan senarai peranti siri Vivo V21 beserta harga:

  1. Vivo V21 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,899
  2. Vivo V21 (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM1,549
  3. Vivo V21e (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM1,249

Cabutan bertuah Vivo

Selain itu, pelanggan yang membeli telefon pintar siri Vivo V21 juga akan layak menyertai cabutan bertuah dan berpeluang memenangi hadiah menarik, seperti telefon pintar siri Vivo V21 terkini, pakej UEFA EURO 2020, OGAWA Tinkle Touch Music Massager, Ogawa Eye Mask dan pengering rambut Khind.



Untuk sertainya, anda boleh ikut cara di bawah:

  1. Muat naik gambar peranti siri Vivo V21 anda di dalam Facebook dan tetapkan ia kepada umum.
  2. Letakkan hashtag #vivogoalgoalgoalsales dan #vivoV21series

Perkhidmatan bantuan dalam talian

Selain itu, berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, Vivo Malaysia menawarkan perkhidmatan bantuan dalam talian satu ke satu (one-to-one) sepanjang bulan Jun, bagi memastikan pelanggan menikmati pengalaman membeli-belah tanpa kebimbangan.

Untuk mendapatkan slot dengan salah seorang perunding penjualan profesional Vivo Malaysia, anda boleh ikut langkah di bawah:

  1. Kunjungi Facebook rasmi Vivo Malaysia dan imbas kod QR yang disediakan atau sebagai pilihan lain, anda boleh isi borang di sini.
  2. Anda kemudian akan diminta untuk mengisi maklumat dan kaedah komunikasi pilihan anda
  3. Seterusnya, perunding yang terpilih akan menghubungi dan membantu anda untuk sebarang pertanyaan berkaitan pembelian atau produk.

Tambahan lagi, pelanggan juga mempunyai pilihan untuk meminta semua item yang dibeli dihantarkan ke rumah melalui perkhidmatan penghantaran ekspres satu hari Vivo.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kempen “Goal Goal Goal Sales” dan perkhidmatan bantuan dalam talian satu ke satu, anda boleh layari Facebook rasmi Vivo atau laman web rasmi Vivo.

Tags: vivo
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Beli telefon pintar siri Vivo V21 & terima rebat, baucar serta peluang sertai cabutan bertuah

Beli telefon pintar siri Vivo V21 & terima rebat, baucar serta peluang sertai cabutan bertuah

10 June 2021
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN