• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

5 saluran YouTube tempatan sesuai untuk kanak-kanak

  • OLEH Fatin Amanina
  • 10:56 am
  • 13/06/2021
  • Komen
5 saluran YouTube tempatan sesuai untuk kanak-kanak
Share on FacebookShare on Twitter

Video di YouTube sudah menjadi satu bentuk hiburan untuk semua peringkat umur, termasuklah kanak-kanak. Namun, tidak semua saluran sesuai buat mereka, ada yang sukar difahami dan ada juga yang tidak menyampaikan mesej tetapi hiburan semata-mata.

Berikut merupakan 5 saluran YouTube tempatan yang sesuai untuk kanak-kanak. Sambil berhibur, kanak-kanak juga akan dapat mengetahui mesej yang disampaikan dengan jelas. Malah, mereka juga boleh mempelajari perkara baru seperti doa harian, adab dengan orang dewasa dan ilmu asas lain seperti sains dan matematik.



1. Didi and Friends

Didi and Friends mengetengahkan video nyanyian dengan menamapilkan watak utama 3 ekor ayam yang bernama Didi, Jojo dan Nana serta rakan haiwan mereka. Bukan sekadar video nyanyian biasa, ia sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak kerana kebanyakan lagu yang disampaikan mempunyai mesej dan pengetahuan untuk penonton.

Contohnya, seperti video pengenalan tentang angkasa lepas dan langkah mencuci tangan dengan betul. Lagu yang disertakan dengan irama yang menarik membuatkan ia sangat mudah diingati dan dinyanyikan semula.



2. Omar dan Hana

Omar & Hana merupakan kartun kanak-kanak Islam, saluran ini menonjolkan dua karakter utama iaitu Omar dan adiknya Hana. Kanak-kanak sesuai tonton saluran ini kerana karakter Omar dan Hana dilihat sangati baik. Sikap mereka yang beradab dan sentiasa patuh dengan ibu bapanya boleh dijadikan ikutan.

Setiap video yang dikongsikan mempunyai kandungan berkaitan Islam dan nilai-nilai moral. Ada juga video mereka menyampaikan kandungan bacaan doa, seperti doa menaiki kenderaan, doa selepas wuduk dan doa makan.

3. Alif dan Sofia

Alif dan Sofia mengisahkan tentang sepasang adik beradik yang menjalani kehidupan seharian sambil mempelajari pelbagai ilmu baru seperti ilmu keagamaan, fizikal dan kesihatan, nilai moral, sains, matematik, seni, kemahiran kendiri dan nilai persahabatan.

Dengan menonton video dari saluran ini, kanak-kanak boleh lihat bagaimana Alif dan Sofia melalui kehidupan seharian mereka sambil mempelajari perkara baru. Ada juga video yang menunjukkan Sofia membuat vlog sambil melakukan aktiviti harian. Menariknya, disetiap hujung video akan ada pesanan yang ditinggalkan kepada penonton berdasarkan kisah yang ditunjukkan.

https://www.youtube.com/watch?v=dw76pjn25eg
https://www.youtube.com/watch?v=B8gyEZq3l8g

4. Upin Ipin

Berbeza dengan saluran kanak-kanak yang lain, Upin Ipin memaparkan kehidupan harian pasangan kembar Upin dan Ipin bersama kakak, opah serta rakan-rakan mereka di kawasan kampung dalam keadaan sederhana.

Setiap episod menceritakan aktiviti menarik yang dilakukan oleh Upin dan Ipin. Kawan-kawan mereka yang sentiasa bermain bersama membuatkan siri ini menjadi lebih menarik. Setiap episod mempunyai mesej tersendiri untuk disampaikan.

5. Papa pipi

Papa Pipi adalah siri animasi pendek mengenai seorang ayah iaitu Papa Zola dan anaknya Pipi Zola. Papa Zola merupakan watak dari siri animasi Boboiboy. Menerusi saluran ini, kanak-kanak bukan sahaja boleh berhibur dengan lagu yang menarik perhatian. Malah, boleh ikuti juga gelagat Pipi yang sering meluangkan masa bersama ayahnya.

Selain itu, ada juga episod ‘Pesanan Papa Pipi’ yang membawa kandungan seperti peringatan berkaitan aktiviti harian seperti memakai topi keledar apabila menaiki motor, menemani anak ketika membuat kerja sekolah dan gunakan teknologi dengan bijak.

Kelima-lima saluran ini sesuai untuk kanak-kanak, mudah di fahami dan mereka boleh menontonnya menerusi YouTube Kids.

Tags: Alif & SofiaDidi & FriendsOmar & HanaPapa PipiUpin IpinYouTube
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

5 saluran YouTube tempatan sesuai untuk kanak-kanak

5 saluran YouTube tempatan sesuai untuk kanak-kanak

13 June 2021
Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

19 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER