• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PEMERKASA+: Rayuan permohonan bantuan tunai tambahan dibuka pada 15 Jun

  • OLEH Najib
  • 10:26 am
  • 14/06/2021
  • Komen
Prihatin PKS: Majikan boleh mohon subsidi upah mulai 9 April di atas talian
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas mengumumkan penguatkuasaan sekatan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mulai 1 Jun lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengumumkan bantuan tunai tambahan untuk penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Jika anda tidak layak atau permohonan BPR anda ditolak sebelum ini, anda boleh membuat rayuan mulai minggu ini.

Tempoh rayuan untuk permohonan Bantuan Prihatin Rakyat akan dibuka mulai 15 Jun sehingga 30 Jun 2021. Pemohon perlulah mengemukakan dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).



Rayuan boleh dibuat secara dalam talian menerusi portal rasmi BPR di https://bpr.hasil.gov.my/. Selain itu, penghantaran borang secara manual juga boleh dibuat tetapi secara temu janji sahaja di cawangan, pusat khidmat hasil atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran. Ia juga tertakluk kepada SOP semasa Kaunter Perkhidmatan Kerajaan.

Contoh permohonan tidak lulus

Bagi rayuan yang berjaya, bantuan tunai ini akan disalurkan pada bulan Ogos 2021 (BPR tambahan) dan September 2021 (BPR Fasa 3). Untuk maklumat lanjut mengenai rayuan, boleh merujuk ruangan soalan lazim (FAQ) di portal BPR LHDNM, atau hubungi talian Hotline BPR LHDNM 1-800-88-2747 atau Hotline BPR MOF 03-8882 4565/03-8882 4566.



Tahun ini, kerajaan telah memperuntukkan hampir RM9.1 bilion untuk BPR secara keseluruhannya dalam fasa berikut:

  • Fasa 1 Feb/Mac 2021 – RM1.9 bilion
  • Fasa 2 Mei 2021 – RM2.7 bilion
  • Fasa Tambahan (PEMERKASA+) Jun 2021 – RM2.1 bilion
  • Fasa Tambahan rayuan (PEMERKASA+) Ogos 2021 – termasuk di Fasa Tambahan
  • Fasa 3 Sept 2021 – RM2.4 bilion

[Sumber: BERNAMA]

Tags: BPRPEMERKASApkp
Najib

Najib

POPULAR

Prihatin PKS: Majikan boleh mohon subsidi upah mulai 9 April di atas talian

PEMERKASA+: Rayuan permohonan bantuan tunai tambahan dibuka pada 15 Jun

14 June 2021
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Cara “palang” IC pada salinan kad pengenalan guna telefon

Cara “palang” IC pada salinan kad pengenalan guna telefon

21 July 2021

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN