• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelajar sekolah di Eropah jalankan eksperimen di ISS dari bumi

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:36 am
  • 15/06/2021
  • Komen
Pelajar sekolah di Eropah jalankan eksperimen di ISS dari bumi
Share on FacebookShare on Twitter

Astro Pi ialah acara tahunan yang diadakan hasil Kerjasama Raspberry Pi Foundation dengan ESA Education. Mereka masing-masing ialah pihak yang menghasilkan computer papan tunggal Raspberry Pi dan yang mengelolakan misi angkasa ISS.

Dalam acara ini, peserta diberi peluang untuk menjalankan eksperimen secara “jarak jauh” dengan cara mengawal sebuah Raspberry Pi yang dilengkapi sebuah Sense HAT yang berada di atas Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Semua atur cara dilakukan daripada bumi, dihantar ke angkasa, dan tunggu keputusannya dihantar semula ke bumi.



Komputer papan tunggal Raspberry Pi bersama aksesori Sense HAT boleh dibeli secara komersial

Untuk edisi tahun ini, sebanyak 232 pasukan yang terdiri daripada 939 pelajar menyertainya dan setiap pasukan diberikan tempoh 3 jam untuk memanipulasi Raspberry Pi di ISS.

Apabila beroleh data yang diperlukan, peserta akan lakukan analisis bagi menjawab hipotesis yang telah dirangka dan bentangkannya pada juri-juri yang terlibat.



Untuk edisi 2019/2020 pemenang kategori Mission Space Lab ialah peserta dengan nama pena Vidhya’s code dari UK. Dia mengkaji tentang cara kompas berfungsi di atas kapal angkasa ISS menggunakan komponen magnetometer yang ada pada Raspberry Pi beserta data yang dia peroleh daripada World Magnetic Modem (WMM).

Selain kategori Mission Space Lab, dalam kategori Mission Zero pula, mereka menerima penyertaan daripada kanak-kanak sekolah. Ia bertujuan untuk dedahkan golongan ini dengan dunia pengaturcaraan. Peserta diminta untuk mengekod satu mesej yang akan dihantar ke ISS dan seterusnya mesej tersebut akan dipaparkan kepada angkasawan yang berada di atas sana.

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan komponen yang serupa, anda boleh saja dapatkannya melalui pengedar sah.

Raspberry Pi Sense HAT dijual pada harga RM147

Raspberry Pi 4 Model B dijual pada harga bermula RM174

Sumber: Raspberry Pi

Tags: raspberry pi
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Pelajar sekolah di Eropah jalankan eksperimen di ISS dari bumi

Pelajar sekolah di Eropah jalankan eksperimen di ISS dari bumi

15 June 2021
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN