• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Pengunjung Apple Store yang sudah divaksin, tidak perlu pakai topeng muka

  • OLEH Najib
  • 11:02 am
  • 15/06/2021
  • Komen
Pengunjung Apple Store yang sudah divaksin, tidak perlu pakai topeng muka
Share on FacebookShare on Twitter

Perkara ini mungkin boleh membantu anda atau keluarga dan rakan untuk pergi mendaftar vaksin dengan segera. Bloomberg melaporkan, Apple sedang merancang untuk tidak lagi mengenakan peraturan iaitu pengunjung Apple Store, wajib memakai topeng muka, di Amerika Syarikat.

Sumber dalaman syarikat yang tidak mahu mendedahkan identitinya menyatakan, petugas Apple Store masih perlu memakai topeng muka. Apple juga telah memaklumkan kepada pekerja tentang perubahan polisi, di mana petugas Apple Store tidak perlu lagi meminta pengesahan vaksin daripada pengunjung. Perkara ini selaras dengan peraturan baharu di sesetengah negeri di Amerika Syarikat yang telah melonggarkan kewajiban memakai penutup muka.



Malah, Apple juga dikatakan akan tidak mewajibkan penutup muka di dalam bangunan di ibu pejabat mereka di Cupertino, California. Memo dalaman syarikat menyebut bahawa Apple akan memulakan operasi fasa ketiga di Amerika Syarikat, di mana ia akan membenarkan petugas yang telah divaksin, tidak lagi perlu memakai penutup muka. Peraturan penjarakan fizikal juga akan dilonggarkan.

Apple merupakan salah satu syarikat terawal yang menutup operasi kedai Apple Store mereka apabila wabak COVID-19 merebak di seluruh dunia. Pada Mac 2020 sahaja, mereka telah menutup ratusan Apple Store di seluruh dunia dan meminta pekerja bertugas dari rumah.



Selain Apple, syarikat lain seperti Starbucks, Walmart, Costco dan Traders Joe di Amerika Syarikat, telah pun melonggarkan peraturan yang mewajibkan pemakaian penutup muka.

Statistik COVID-19 Amerika Syarikat (Sumber)

Kes positif COVID-19 di Amerika Syarikat telah menunjukkan penurunan berbanding awal tahun 2021 di mana ia mencatatkan nombor tertinggi. Hampir separuh penduduk Amerika Syarikat juga telah menerima suntikan vaksin, dengan 53% telah menerima 1 dos suntikan dan 43.8% telah selesai divaksin, sehingga 13 Jun 2021.

Statistik vaksin COVID-19 Amerika Syarikat (Sumber)

Data ini menunjukkan bahawa vaksin berjaya mengurangkan penyebaran wabak COVID-19. Walaupun ia tidak mampu membuang sepenuhnya, tetapi ia boleh menurunkan peratus jangkitan sekaligus mencapai imuniti kelompok dalam masyarakat.

[Sumber: Bloomberg]

Tags: appleApple Store
Najib

Najib

POPULAR

Pengunjung Apple Store yang sudah divaksin, tidak perlu pakai topeng muka

Pengunjung Apple Store yang sudah divaksin, tidak perlu pakai topeng muka

15 June 2021
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN