(Artikel ini dibawakan oleh Lenovo)
Mendapatkan komputer desktop yang khas untuk bermain game, sememangnya menjadi cita-cita semua peminat permainan video. Tetapi ia memerlukan pelaburan yang agak besar untuk dicapai.
Jadi adalah penting untuk memastikan pemilihan yang tepat dibuat semasa mahu mendapatkan perkakas muktamad anda untuk bermain game. Sebagai permulaan, anda boleh memastikan lima ciri ini ada pada komputer desktop yang anda cari.
1. Kad grafik dengan kuasa Ray Tracing
Jika anda peminat permainan video, kuasa grafik adalah perkara paling penting. Jadi anda harus mendapatkan sekurang-kurangnya kad grafik dengan pemproses ray-tracing khas terbina padanya.
Nvidia telah menghasilkan pemproses grafik RTX siri 20 untuk prestasi grafik hebat, bersama pemproses ray-tracing berkuasa tinggi. Ini memberikan grafik yang sangat semulajadi dan menakjubkan, di samping tidak diganggu paparan yang tersekat semasa bermain game.
2. Port berwayar dan wayarles terpantas
Mungkin ramai tidak perasan bahawa sambungan yang pantas dan stabil adalah sangat penting, terutama sekali sambungan internet. Pastikan komputer anda dilengkapi dengan WiFi 6, sambungan wayarles terbaru dan terkini, serta port LAN Gigabit agar internet tidak terganggu.
Selain itu, port USB yang banyak dan menggunakan platform terkini seperti USB 3.2 membolehkan anda menyambung pelbagai perkakas untuk meningkatkan lagi pengalaman bermain game. Antaranya menyambung tetikus, papan kekunci, monitor dan pembesar suara.
3. Rekaan perumah yang mesra pengudaraan
Untuk mencapai sesuatu, anda perlu mengorbankan sesuatu. Prestasi tinggi menghasilkan haba yang tinggi dan ini tidak baik untuk perkakas di dalam. Sebab itu perumah atau casing yang baik adalah penting.
Casing yang bagus memiliki pengudaraan angin masuk dan keluar mencukupi, serta tidak menghalang ruangan yang menjadi titik panas. Di samping itu, kipas yang dipasang di dalam juga perlulah mencukupi untuk menyejukkan serta menarik keluar haba panas di dalam.
4. Lampu RGB
Apa gunanya ada komputer untuk bermain game jika tidak ada lampu RGB berkerlipan padanya. Ia seakan menjadi standard untuk sesebuah kompter gaming untuk wajib memiliki lampu RGB.
Ini kerana ia boleh meningkatkan semangat anda semasa bermain game, di samping menjadi halwa mata dan hiasan.
5. Jaminan Panjang
Bukan sedikit dilaburkan untuk memiliki komputer desktop khusus untuk bermain game. Dengan adanya jaminan yang panjang sehingga 3 tahun, ia menjadi pelaburan itu sangat berbaloi kerana anda tidak perlu pening jika ada masalah timbul.
Jenama juga memainkan peranan penting untuk menambah keyakinan anda memiliki sesuatu produk. Jenama yang bagus memiliki banyak pusat perkhidmatan pelanggan dan mudah untuk dihubungi untuk pertanyaan masalah. Lebih baik lagi, ia boleh datang ke rumah untuk membaiki.
Salah satu komputer desktop yang memenuhi ciri-ciri di atas adalah Lenovo Legion Tower 5i. Ia dikuasakan oleh kad grafik Nvidia GeForce RTX 2060, berkuasa tinggi untuk memainkan permainan video AAA dengan lancar.
Komputer ini juga dilengkapi WiFi 6 dan port LAN Gigabit, gandingan yang sukar ditemui di komputer desktop. Ini memastikan sambungan internet yang pantas dan stabil sepanjang masa bermain game.
Sistem pengudaraan di dalam Legion Tower 5i menggunakan kipas yang menarik angin dari hadapan dan keluar ke belakang, bersama kipas penyejuk di pemproses berkuasa tinggi. Di samping itu, ia juga ada lampu RGB untuk memeriahkan lagi suasana.
Lenovo juga adalah satu jenama besar yang sangat dipercayai di Malaysia. Untuk Legion Tower 5i, ia diberi jaminan selama 3 tahun, dengan sokongan teknikal 24/7 menerusi emel, chat atau panggilan telefon. Lenovo memiliki banyak pusat perkhidmatan di Malaysia, jika pengguna perlu menghantar untuk dibaiki. Jadi anda tidak perlu risau menggunakan produk keluaran Lenovo.
Lenovo Legion Tower 5i boleh dibeli daripada penjual sah Lenovo Legion di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, ikuti Facebook Lenovo Legion Malaysia dan dapatkan tawaran hebat di Stor Rasmi Lenovo di Lazada dan Shopee.