• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kunjungi Taman Buaya Melaka secara maya dengan harga sangat murah

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:59 pm
  • 18/06/2021
  • Komen
Kunjungi Taman Buaya Melaka secara maya dengan harga sangat murah
Share on FacebookShare on Twitter

Taman Buaya dan Rekreasi Melaka (TBRM) merupakan salah satu lokasi pelancongan yang sepenuhnya bergantung kepada pelancong dan pelawat untuk terus beroperasi. Dalam kesulitan pandemik ini, mereka menggunakan pendekatan baru untuk memastikan kelangsungan kehidupan haiwan dan pembangunan taman itu.

Sebagai satu inisiatif, pengurus besarnya, Ahmad Syarifuddin Mohamad berkata, TBRM melancarkan lawatan secara maya ke taman ini untuk meneruskan perniagaan. Lawatan ini akan membawa penonton ke taman yang menempatkan 100 jenis buaya pelbagai spesies, enam spesies ular serta mamalia seperti rakun dan rusa.



Aktiviti yang termasuk dalam lawatan ini ialah sesi memberi makan kepada buaya.

Lawatan maya ini mempunyai dua sesi sehari, iaitu pada jam 11 pagi dan 2.30 petang. Ia hanya diadakan pada hari Jumaat hingga Ahad. Buat masa ini, TBRM mengehadkan lawatan dalam talian kepada 500 orang untuk setiap sesi. Bayaran penyertaan adalah sebanyak RM7.00 seorang bagi kanak-kanak dan dewasa.



Untuk pengetahuan anda, lawatan TBRM ini akan dilakukan melalui aplikasi Google Meet. Jika anda berminat untuk menyertai lawatan maya ini, anda boleh lakukan pendaftaran di sini.

[Sumber: MalayMail]

Tags: Taman Buaya
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Kunjungi Taman Buaya Melaka secara maya dengan harga sangat murah

Kunjungi Taman Buaya Melaka secara maya dengan harga sangat murah

18 June 2021
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN