• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jangan pasang Windows 11 tidak rasmi kerana ada banyak masalah dan isu keselamatan

  • OLEH Najib
  • 6:14 pm
  • 18/06/2021
  • Komen
Jangan pasang Windows 11 tidak rasmi kerana ada banyak masalah dan isu keselamatan
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini telah tersebar salinan sistem operasi (OS) yang masih belum dilancarkan, Windows 11 (bukan nama sebenar) di alam maya. Ia juga telah dipasang oleh beberapa pengguna dan menunjukkan pembaharuan yang besar berbanding Windows 10, terutama sekali antaramuka yang sangat mirip macOS.

Microsoft dijangka akan melancarkan Windows 11 pada acara 24 Jun nanti. Mereka masih belum memberikan nama sebenar OS baru ini, malah tidak mengumumkan secara rasmi akan melancarkannya pada 24 Jun.



Sistem operasi baru Windows akan diperkenal pada 24 Jun

Walaupun ada yang sangat gembira melihat pembaharuan ini, ada juga yang kecewa dengannya. Ini kerana terlalu ada banyak masalah pada OS ini.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana ia masih lagi dalam peringkat ujian, jauh sekali dari peringkat akhir yang akan menemui orang ramai kelak. Sudah pasti ia masih penuh dengan pepijat dan fungsi yang belum diperbaiki.



Sama seperti Android 12 Beta, yang telah dibuka untuk ujian tetapi diberi amaran bahawa pengguna perlu menanggung sendiri masalah yang timbul kerana ia masih di peringkat ujian.

Jika anda mahu juga memasang Windows 11 yang tidak diketahui asal-usulnya ini, maka anda harus menanggung sendiri sebarang masalah yang timbul darinya. Microsoft juga tidak akan membantu anda untuk membaiki isu yang terdapat di OS tersebut.

Antaramuka Windows 11 yang tersebar. Sumber

Lebih sukar lagi, jika sudah dipasang anda mungkin tidak dapat berpatah balik ke OS sebelumnya, kerana masih belum ada cara rasmi untuk membuang Windows 11. Atau lebih teruk, OS tersebut telah ditanam dengan perisian hasad yang lebih membahayakan pengguna.

Jadi, anda dinasihatkan untuk tidak memasang mana-mana Windows 11 yang ditemui kerana ia masih tidak dikeluarkan secara rasmi oleh Microsoft. Bukan sahaja ia mempunyai banyak masalah yang boleh merosakkan komputer, ia juga mungkin ditanam dengam perisian hasad yang boleh membuatkan data sulit anda terdedah kepada mereka yang tidak bertanggungjawab.

Kalau mahu juga, anda boleh mencubanya di komputer kedua yang tidak memiliki perkara penting, serta tidak digunakan untuk akses kepada data sulit dan peribadi anda.

[Sumber: Life Hackers]

Tags: MicrosoftMicrosoft Windows 11
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Jangan pasang Windows 11 tidak rasmi kerana ada banyak masalah dan isu keselamatan

Jangan pasang Windows 11 tidak rasmi kerana ada banyak masalah dan isu keselamatan

18 June 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER