Huawei Malaysia akhirnya mengeluarkan secara rasmi tanda harga untuk jam pintar premium terbaru mereka, Huawei Watch 3 dan Watch 3 Pro. Peranti ini akan mula dibuka tempahan di Malaysia pada 25 Jun 2021, pukul 10 pagi dan menyediakan hadiah percuma.
Harga rasmi untuk jam pintar terbaru Huawei ini di Malaysia telah ditetapkan pada:
- Huawei Watch 3 – RM1,699
- Huawei Watch 3 Pro – RM2,199
Hanya ada satu warna untuk kedua-dua model iaitu hitam dan tali Fluoroelastomer bagi Watch 3, serta kelabu titanium dan tali kulit coklat untuk Watch 3 Pro.
Tempahan Awal
Mereka yang berminat memiliki jam pintar ini, boleh membuat tempahan awal yang dibuka dari 25 Jun sehingga 6 Julai 2021. Ia boleh ditempah menerusi Stor Online Huawei, Lazada, Shopee dan Senheng.
Pembeli dalam tempoh ini akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM828 iaitu:
- Huawei Watch 3 – PERCUMA Huawei FreeBuds 3i dan tali Huawei Easy Fit 2 Distilled Blue Nylon (bernilai RM548)
- Huawei Watch 3 Pro – PERCUMA Huawei FreeBuds 3 dan tali Huawei Easy Fit 2 Distilled Blue Nylon (bernilai RM828)
Spesifikasi
Jam pintar Huawei Watch 3 memiliki skrin sentuh AMOLED 1.43-inci. Badannya diperbuat daripada besi tahan karat dan seramik. Ia ada butang dail bersama satu butang biasa di tepi, serupa dengan Apple Watch.
Selain digerakkan oleh Harmony OS, jam ini dilengkapi RAM 2GB dan storan 16GB. Hayat baterinya dalam mod Smart boleh sehingga 3 hari, dan mod ultra-long sehingga 14 hari.
Sensor berketepatan tinggi dipasang pada jam ini, membolehkan ia mengesan suhu kulit. Selain itu, ia juga mampu mengesan pergerakan tangan seperti membasuh tangan serta pengesan kejatuhan. Sokongan kecergasan dan pemantauan kesihatan juga terdapat padanya.
Huawei telah melengkapkan jam ini dengan sokongan eSIM, membolehkan pengguna membuat panggilan MeeTime terus di jam. Sokongan terhadap peranti selain Harmony OS turut dibenarkan dan pengguna turut boleh memasang aplikasi terus di dalam jam melalui Huawei AppGallery.
Bagi jam Huawei Watch 3 Pro pula, ia memiliki perkakas yang hampir serupa dengan Watch 3 tetapi hayat bateri yang lebih panjang. Sehingga 5 hari dalam mod Smart dan sehingga 3 minggu dalam mod ultra-long. Badannya diperbuat daripada titanium yang lebih tahan lasak, bersama seramik.
Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Huawei Watch 3 dan Huawei Watch 3 Pro.