• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Selamatkah makan durian selepas vaksin?

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:05 pm
  • 25/06/2021
  • Komen
Selamatkah makan durian selepas vaksin?
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, tular satu berita di WhatsaApp mengenai kesan makan durian selepas menerima vaksin Covid-19.

Di dalam mesej itu, pembaca diarahkan untuk memberitahu keluarga dan rakan untuk tidak makan durian sebelum dan selepas menerima vaksin. Menurut penulis berita tersebut, seorang lelaki di kebunnya telah menerima vaksin dan keesokan harinya dia makan buah durian lalu meninggal dunia.



Perkara ini tentunya membangkitkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat terutamanya peminat buah durian.

Berita palsu. Jangan sebar atau berkongsi. pic.twitter.com/onVjuvhvy2

— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) June 23, 2021

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, perkara yang tular itu tidak benar. Sudah disahkan kematian individu tersebut adalah disebabkan serangan jantung. Malah, beliau berkata tidak ada dalam buku perubatan yang menyatakan tidak boleh makan durian selepas mendapat suntikan vaksin.



Tambahnya, hantaran tular seperti itu boleh menyebabkan berlaku salah faham dan kekeliruan kepada orang ramai.

Oleh itu, jika anda baru sahaja atau bakal menerima suntikan vaksin dan ingin menikmati durian, tidak ada masalah, anda boleh makannya seperti biasa. Jangan percaya kepada berita daripada sumber tidak sahih, pastikan anda siasat dahulu sebelum sebarkan kepada orang lain.

Individu yang menyebarkan berita palsu berkaitan Covid-19 boleh dikenakan tindakan udang-undang. Sebelum ini, seorang surirumah didenda sebanyak RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas dia mengaku bersalah menyebarkan berita palsu menerusi WhatsApp.

[Sumber: Berita Harian]

[Sumber gambar: The Straits Time]

Tags: vaksinVaksin Covid-19
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Selamatkah makan durian selepas vaksin?

Selamatkah makan durian selepas vaksin?

25 June 2021
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER