• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Amalan memasang APK di Android bakal pupus

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:19 am
  • 01/07/2021
  • Komen
Amalan memasang APK di Android bakal pupus
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu kecantikan sistem operasi Android berbanding iOS adalah tahap pengubahsuaian yang lebih tinggi sejurus keluar kotak. Misalnya, pengguna boleh memasang aplikasi secara manual melalui fail pemasangan APK.

Namun, semua itu akan tinggal sejarah apabila bermula Ogos 2021, semua APP baru yang memasuki gedung Play Store tidak lagi menggunakan format APK sebaliknya ditukar kepada Android App Bundle (AAB).



Antara manfaat yang diketengahkan Google bagi merasionalkan penggunaan AAB ialah saiz pemasangan APP yang lebih kecil hasil pengoptimuman yang lebih baik. Bukan itu sahaja, saiz fail pemasangan akan dihadkan kepada 150MB dan sekiranya ada fail lain yang diperlukan, ia perlu dihantar melalui saluran Play Asset Delivery ataupun Play Feature Delivery untuk menggantikan format OBB.

Walaupun ada macam-macma manfaat yang pengguna akan nikmati menurut Google, manfaat paling besar masih dinikmati pengguna.



Disebabkan file AAB hanya disokong platform Play Store, ia menyukarkan pembangun memasarkan APP mereka di platform yang sebelum ini menyokong APK seperti Amazon Store ataupun Huawei APP Gallery.

Memanglah pembangun aplikasi akan ada cara untuk mengeksport produk mereka ke dalam kedua-dua format APK dan AAB, namun ia menyebabkan pembangun perlu lakukan lebih banyak kerja dan tentu sekali lama kelamaan Google juga yang akan menang.

[Sumber: HitechGlitz, 9to5Google, Lockin]

Tags: aabandroidapkGoogle
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Amalan memasang APK di Android bakal pupus

Amalan memasang APK di Android bakal pupus

1 July 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN