Antara isu yang diketengahkan dalam video kali ini, berapa banyak vaksin yang akan diedarkan dalam bulan Julai? Adakah Malaysia merancang untuk mencampurkan AstraZeneca dengan vaksin lain? Perlukah individu mengisi borang Google untuk mendapat vaksin lebih awal? dan banyak lagi isu lain yang dikupaskan.
1. Lebih 14 juta dos vaksin untuk bulan Julai
Selangor akan menerima lebih daripada 4 juta dos vaksin pada bulan Julai dan itu merupakan jumlah terbesar di negara ini. Perkara itu dilakukan kerana Selangor mahu memvaksinasi 40% daripada jumlah penduduknya sebelum akhir bulan Julai.
2. Vaksinasi awal untuk yang akan terbang keluar mengikuti pengajian
Sekiranya anda akan pergi ke luar Negara untuk belajar, kini anda boleh memohon vaksinasi awal melalui MySejahtera. Jika sebelum ini anda telah membuat permintaan dengan menghantar e-mel ke [email protected], maka anda tidak perlu lakukannya lagi di MySejahtera.
3. Jaga-jaga dengan borang pendaftaran vaksin yang diterima secara rawak
JKJAV mengambil maklum tentang adanya beberapa borang Google yang diedarkan melalui WhatsApp, dikatakan itu merupakan borang pendaftaran vaksin. Wujud kebimbangan jika borang-borang ini mengumpulkan data peribadi secara haram. JKJAV telah meminta semua orang untuk tidak menghantar maklumat melalui borang yang mencurigakan tersebut.
4. Adakah kita memerlukan suntikan ke-3?
Malaysia sedang mengkaji tentang keperluan untuk mendapatkan dos ke-3 vaksin sebagai perlindungan terhadap varian delta Covid-19. Menurut Menteri Sains dan Teknologi YB Khairy Jamaluddin, pihaknya sedang mengkaji data-data yang ada bagi mengetahui berapa lamakah vaksin dapat bertahan dalam badan dan kemampuan vaksin menghalang jangkitan varian Delta.
5. Penerima AsztraZeneca akan terima dos kedua vaksin berbeza?
Malaysia ingin mengurangkan selang masa antara dos 1 dan 2 vaksin AstraZeneca. Pada masa ini, Malaysia menggunakan selang masa 12 minggu. Disebabkan perkembangan wabak semasa, YB Khairy mengatakan ada kemungkinan dos kedua akan dipercepatkan untuk memberi perlindungan penuh.
Kerajaan ingin mengambil pendekatan mix and match dengan memberikan Pfizer sebagai dos ke-2 bagi mereka yang telah mendapatkan AstraZeneca. Tetapi hal itu masih dikaji dan perlu dipersetujui oleh pihak berkuasa tempatan.
6. Mencampurkan AstraZeneca dan Pfizer meningkatkan tindak balas imun
Berdasarkan kajian dari Oxford, pengambilan campuran suntikan AstraZeneca dan Pfizer dapat menghasilkan tindak balas imun yang lebih baik. Berdasarkan data di mana suntikan pfizer diberikan 4 minggu selepas AstraZeneca, mereka menemui kepekatan antibodi yang tinggi terhadap Covid-19.
7. Inisiatif PEMULIH untuk meningkatkan vaksinasi
Di bawah inisiatif pemulihan ekonomi PEMULIH yang baru diumumkan, Malaysia memperuntukkan RM400 juta untuk membeli lebih banyak vaksin serta RM200 juta untuk membuka lebih banyak pusat vaksinasi di seluruh negara.
Petugas barisan hadapan yang terlibat dalam program vaksinasi akan mendapat kenaikan elaun khas dari RM200 hingga RM600 selama 6 bulan.
Kemudian, untuk mendorong lebih banyak syarikat melaksanakan vaksinasi di bawah perkongsian awam-swasta, kerajaan memperuntukkan RM150 juta untuk membantu mengurangkan kos mereka. Warga emas dan OKU boleh mendapatkan subsidi sebanyak RM30 yang boleh digunakan untuk membayar tambang e-hailing dan teksi mereka ke pusat vaksinasi pada hari janji temu.
8. Status vaksinasi dan Pendaftaran
Setakat 29 Jun 2021, Malaysia telah memberikan lebih daripda 7.8 juta dos vaksin kepada individu. Sebanyak 5.6 juta individu telah mendapat satu dos iaitu 17.2% daripada jumlah populasi. 2.2 juta individu telah menyelesaikan vaksinasi mereka dengan dua dos, iaitu 6.8% daripada populasi.
Setakat 27 Jun 2021, lebih daripada 16.5 juta individu telah mendaftar vaksin dan itu merupakan 67% daripada jumlah keseluruhan penduduk. Selangor mempunyai pendaftaran tertinggi dengan hampir 4 juta individu.