• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

HTC Desire 12 dan Desire 12+ diperkenal dengan harga diskaun

  • OLEH Najib
  • 3:14 pm
  • 25/04/2018
  • Komen
HTC Desire 12 dan Desire 12+ diperkenal dengan harga diskaun
Share on FacebookShare on Twitter

Buat peminat HTC yang mahukan peranti kelas pertengahan, penantian anda telah berakhir. HTC Malaysia kini membawakan Desire 12 dan Desire 12+ bagi mengisi ruang pasaran telefon pintar kelas pertengahan.

Untuk masa terhad, kedua-dua telefon pintar baru dari HTC ini akan dijual dengan harga diskaun, sebagai promosi ketibaannya di Malaysia.



HTC Desire 12 dijual di Malaysia pada harga RM739, manakala HTC Desire 12+ dengan skrin lebih besar pula berharga RM899. Ia datang dalam dua pilihan warna, Warm Silver dan Cool Black.

HTC Malaysia akan membuka tempahan eksklusif menerusi laman e-dagang Shopee, di mana ia boleh ditempah pada harga RM599 (diskaun RM140) untuk Desire 12 dan RM729 (diskaun RM170) bagi Desire 12+. Ia bersempena pembukaan stor rasmi HTC di Shopee. Tempahan eksklusif ini akan bermula pada hari Khamis ini, 26 April 2018 jam 9 pagi.



HTC Desire 12 dan Desire 12+ adalah peranti kelas pertengahan dari HTC yang memiliki skrin lebar nirbingkai 18:9. Pada HTC Desire 12, ia dipasang dengan skrin 5.5-inci IPS dengan resolusi HD+ 1440×720. Manakala HTC Desire 12+ pula memiliki skrin 6.0-inci juga dengan resolusi HD+ 1440×720.

Perbezaan keduanya tidak terhenti di skrin sahaja. Di dalam pula, HTC Desire 12 menggunakan cip Mediatek MT6739 bersama 3GB RAM dan 32GB storan. Manakala HTC Desire 12+ pula dikuasakan cip Snapdragon 450 serta 3GB RAM dan 32GB storan.

HTC Desire 12

Dengan badan lebih besar, HTC Desire 12+ memuatkan bateri 2,965Mah berbanding hanya 2,730mAh pada HTC Desire 12. Ia kelihatan agak kecil berbanding peranti jenama lain dengan saiz skrin yang sama. Kedua-duanya menggunakan sambungan mikroUSB untuk mengecas.

Selain skrin dan bateri, satu lagi perbezaan ketara adalah pada kamera. Desire 12 menggunaka lensa tunggal 13MP F2.2 di belakang, serta lensa 5MP F2.4 di hadapan. Bagi Desire 12+ pula, ia dilengkapi dwi-lensa 13MP F2.2 + 2MP untuk menghasilkan kesan bokeh. Kamera hadapannya 8MP F2.0 dan memiliki LED Flash.

HTC Desire 12+

Menambah lagi kekurangan pada Desire 12 adalah ketiadaan pengimbas capjari, manakala Desire 12+ pula memiliki pengimbas capjari di belakang. HTC menggunakan rekaan Liquid Surface iaitu kemasan kaca akrilik.

Kenali lebih lagi tentang HTC Desire 12 dan Desire 12+ di laman web HTC Malaysia.

Attention: The internal data of table “41” is corrupted!
Tags: HTCHTC Desire 12HTC Desire 12 Plushtc malaysia
Najib

Najib

POPULAR

HTC Desire 12 dan Desire 12+ diperkenal dengan harga diskaun

HTC Desire 12 dan Desire 12+ diperkenal dengan harga diskaun

25 April 2018
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN