Jaringan Prihatin adalah salah satu pakej stimulus yang diperkenalkan dalam Bajet 2021 yang lalu. Pakej tersebut memperuntukkan RM3.5 billion yang boleh digunakan oleh rakyat yang layak untuk mendapatkan telefon ataupun pakej telco bagi memudahkan mereka menerima akses Internet dan seterusnya melicinkan perjalanan PDPR.
Tarikh akhir pendaftaran Jaringan Prihatin telahpun dilanjutkan kepada 31 Ogos 2021.
Buat anda yang masih berkira-kira untuk dapatkan gajet daripada telco mana, ini adalah rangkuman penawaran gajet daripada Digi.
Subsidi RM300
- Galaxy A02
- Realme C11 2021
- Vivo Y1s
- Vivo Y12D
- Oppo A15
- Galaxy A02s
- Realme C15
- Oppo A15s
- Vivo Y20 2021
- Galaxy Tab A8.0
- Lenovo Tab M10
Subsidi RM180
- Galaxy A02
- Galaxy A02s
- Vivo Y12D
- Vivo Y20 2021
Jaringan Prihatin versi Digi anda perlu membayar wang pendahuluan sekurang-kurangnya RM100 ketika menebusnya. Untuk langganan pelan pascabayar, RM100 itu akan direbatkan sebanyak RM10 untuk 10 bulan pertama langganan.
Bagusnya tawaran Digi ialah semua tawaran pascabayar menambat pengguna kepada 12 bulan kotrak sahaja. Untuk pendahuluan bawah RM200, Galaxy A02s adalah yang paling berbaloi untuk subsidi RM300.
Di akhir kontrak, anda telah membelanjakan RM497.80, termasuk SST yang dikenakan dan RM10 yang direbatkan untuk 10 bulan pertama langganan. Untuk perbandingan, harga RRP untuk Galaxy A02s ialah RM529.
Sukar untuk menyarankan apa-apa gajet yang perlukan pendahuluan melebihi RM200 kerana ia akan membebankan golongan sasaran Jarigan Prihatin iaitu B40.