• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix Hot 10S akan dilancar bersama casing edisi terhad Mobile Legends

  • OLEH Najib
  • 1:36 pm
  • 05/07/2021
  • Komen
Infinix Hot 10S akan dilancar bersama casing edisi terhad Mobile Legends
Share on FacebookShare on Twitter

Infinix adalah sebuah jenama yang sangat terkenal di benua Afrika, tetapi ia berasal dari China. Walaupun kurang popular di Malaysia, ia sudah lama bertapak di sini dan melancarkan beberapa model telefon pintar dengan harga mampu milik.

Tidak lama lagi, Infinix Mobile mahu melancarkan satu lagi model baharu mereka di Malaysia iaitu Infinix Hot 10S. Pelancaran ini akan diadakan pada 13 Julai 2021 tetapi tempahan awal akan dibuka secara eksklusif di Shopee, pada 7 Julai 2021.



Lebih menarik lagi, Infinix bekerjasama dengan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) untuk melancarkan Hot 10S. Casing istimewa edisi terhad dengan rekaan karakter MLBB akan diumumkan bersama pada pelancarannya.

Harga Infinix Hot 10S masih belum diketahui, tetapi ia dijangka lebih mahal daripada Infinix Hot 10 yang telah dijual pada harga RM499 (64GB) dan RM599 (128GB).



Spesifikasi

Sumber

Telefon pintar ini telah pun dilancarkan di beberapa negara lain, termasuk di Indonesia. Jadi kita boleh meneliti spesifikasi penuh Infinix Hot 10S dari sana.

Infinix Hot 10S menggunakan kuasa daripada cip Mediatek Helio G85, bersama RAM sehingga 6GB, storan dalaman sehingga 128GB dan menerima kad mikroSD sehingga 512GB. Baterinya sebesar 6,000mAh dan mengecas menggunakan sambungan mikroUSB berkuasa 10W.

Skrin pula sebesar 6.82-inci, jenis LCD dengan resolusi HD 720p. Paparan ini memiliki kadar penyegaran setinggi 90Hz dan kadar sentuhan 180Hz. Menurut Infinix, paparan ini memberikan pengalaman bermain game lebih menarik.

Sebanyak 3 kamera belakang dipasang iaitu kamera utama 48MP, kamera pengesan kedalaman 2MP dan satu lagi dipanggil kamera AI. Kamera hadapan pula 8MP, di dalam takuk kecil di dahi skrin.

Pengimbas capjari fizikal terdapat di belakang telefon dan ia masih ada jek audio 3.5mm. Sistem operasi terbaru Android 11 digunakan pada Infinix Hot 10S.

Tags: InfinixInfinix Hot 10S
Najib

Najib

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Infinix Hot 10S akan dilancar bersama casing edisi terhad Mobile Legends

Infinix Hot 10S akan dilancar bersama casing edisi terhad Mobile Legends

5 July 2021
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

8 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN