• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer Nitro 5 diperbaharui dengan kuasa Intel Core siri-H gen-11 dan GeForce RTX3060

  • OLEH Najib
  • 5:41 pm
  • 05/07/2021
  • Komen
Acer Nitro 5 diperbaharui dengan kuasa Intel Core siri-H gen-11 dan GeForce RTX3060
Share on FacebookShare on Twitter

Laptop Acer Nitro 5 adalah satu pilihan untuk peminat yang mencari laptop gaming berkuasa tinggi, pada harga yang lebih mampu dimiliki. Walaupun harganya masih agak mahal untuk sebuah laptop iaitu sekitar RM4,000, tetapi ia dikira lebih murah daripada laptop gaming lain dengan prestasi yang hampir sama.

Acer Malaysia kini mengumumkan pembaharuan perkakas untuk barisan Acer Nitro 5 mereka, dengan kemaskini pemproses. Acer Nitro 5 kini boleh didapati dengan kuasa CPU Intel Core-i siri-H generasi ke-11, bersama kuasa grafik NVIDIA GeForce RTX3060.



Terdapat dua varian dengan perkakas baru ini ditawarkan, pada harga berikut:

  • Intel Core i5-11400H, GeForce RTX3060, DDR4 RAM 8GB, SSD 512GB – RM4,799
  • Intel Core i7-11800H, GeForce RTX3060, DDR4 RAM 16GB, SSD 512GB – RM5,699

Laptop ni diberikan jaminan selama 2-tahun, bersama jaminan antarabangsa selama 1-tahun.



Bagi varian Core i7, ia telah mula berada di Malaysia pada 5 Julai 2021 dan boleh didapati dari semua pengedar sah Acer. Varian Core i5 pula, akan boleh dibeli mulai akhir Julai 2021.

Khusus untuk pembelian laptop ini antara 5-9 Julai 2021 daripada kedai rasmi dan bertauliah Acer di Shopee dan Lazada, akan menerima hadiah percuma berupa fon telinga Acer Gateway FAE i5 Pro Wireless, bernilai RM239 serta beg galas Predator Urban.

Spesifikasi

Laptop Acer Nitro 5 ini mengekalkan rupa yang sama seperti sebelumnya, dengan penggunaan perkakas baru iaitu CPU Intel Core i siri-H generasi ke-11. Kehebatannya di bidang grafik diperkasa oleh kad grafik NVIDIA GeForce RTX3060 yang memiliki 6GB RAM GDDR6.

Slot RAM DDR4 3200MHz di dalamnya boleh memuatkan sehngga 2 keping RAM 16GB, menjadikan jumlahnya 32GB. Storan SSD pula sebesar 512GB daripada jenis PCIe NVMe, dengan kesediaan slot kosong M.2 untuk SSD tambahan.

Skrin pula seluas 15.6-inci jenis IPS LCD, dengan kadar penyegaran 144Hz dan resolusi HD Penuh. Terdapat kamera web 720p terletak di atas skrin.

Untuk berhubung ke internet, Acer Nitro 5 menyediakan sambungan WiFi 6 802.11ax dan sambungan LAN Killer Ethernet E2600. Selain itu, ia dilengkapi Bluetooth 5.1 dan sambungan berwayar USB 3.2 Gen2 x1, USB 3.2 Gen1 x2, USB C 3.2 Gen2, HDMI 2.1 dan jek audio 3.5mm.

Papan kekunci berlampu RGB terpasang pada laptop ini, dengan kekunci arah bersaiz penuh serta kekunci numpad di sebelah kanan. Kawalan cahaya pada kekunci ini boleh diubahsuai di NitroSense, yang turut boleh digunakan untuk memantau suhu sistem, prestasi muat turun, dan mengatur kelajuan kipas.

Tags: AcerAcer Nitro 5
Najib

Najib

POPULAR

Acer Nitro 5 diperbaharui dengan kuasa Intel Core siri-H gen-11 dan GeForce RTX3060

Acer Nitro 5 diperbaharui dengan kuasa Intel Core siri-H gen-11 dan GeForce RTX3060

5 July 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN