• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

Fon telinga Honor Earbuds 2 Lite ada hayat bateri sehingga 32 jam

  • OLEH Najib
  • 2:08 pm
  • 08/07/2021
  • Komen
Fon telinga Honor Earbuds 2 Lite ada hayat bateri sehingga 32 jam
Share on FacebookShare on Twitter

Honor Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan fon telinga Honor Earbuds 2 Lite. Ia tiba lebih awal daripada telefon pintar Honor 50 yang akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Fon telinga ini dijual di Malaysia pada harga RM299. Tetapi khas untuk tempahan awal, honor menawarkan diskaun RM30, menjadikan harganya cuma RM269. Pembeli juga akan menerima hadiah percuma iaitu baucar langganan VIP JOOX selama 3 bulan. Tetapi ia terhad, siapa cepat dia dapat.



Bagi yang berminat, tempahan awal boleh dibuat di Lazada, Shopee, Senheng Online Store dan pengedar sah Honor. Ia dibuka dari 8 hingga 15 Julai dan penghantaran dibuat mulai 16 Julai 2021.

Honor Earbuds 2 Lite menawarkan hayat bateri sehingga 32 jam bersama bekas pengecas, dan sehingga 10 jam hanya di earbuds. Pengecasan selama 10 minit sahaja sudah mencukupi untuk pengguna menikmati muzik selama 4 jam.



Selain itu, ia turut dilengkapi teknologi Penyaring Hingar Aktif (ANC) bagi mengurangkan bunyi bising persekitaran sehingga 22dB. Mod Awareness pula memberikan bunyi sekitar jelas didengari tanpa mengeluarkannya dari telinga.

Terdapat dua warna dihasilkan untuk Honor Earbuds 2 Lite iaitu hitam dan putih. Tetapi hanya warna putih ditawarkan dalam tempahan awal ini.

Tags: honorHonor Earbuds 2 Lite
Najib

Najib

POPULAR

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Fon telinga Honor Earbuds 2 Lite ada hayat bateri sehingga 32 jam

Fon telinga Honor Earbuds 2 Lite ada hayat bateri sehingga 32 jam

8 July 2021
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
240319 Cara Elak Telefon Pintar Panas

TIPS: 7 cara perlu buat elak telefon pintar cepat panas (2024)

3 April 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN