• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi Malaysia sedia mengganti Poco M3 yang tidak boleh hidup semula

  • OLEH Najib
  • 6:52 pm
  • 08/07/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Nama Poco sangat popular sebagai peranti mampu milik dan mereka memiliki Poco M3 sebagai model telefon pintar paling murah. Tetapi banyak aduan dilaporkan mengenai telefon ini, walaupun ia masih baru dibeli.

My Poco M3 completely died today. I used only 3 months. I tried multiple steps to restart but not working.
Status:
Charging before dead : 65%+
Software: fully updated@Xiaomi @POCOGlobal Please help me. #pocom3 #Xiaomi

— Mukarram Faraz (@mukarram_faraz) June 30, 2021

Antaranya di dalam forum reddit, ramai membuat aduan bahawa telefon Poco M3 mereka tidak boleh hidup semula selepas dikemaskini perisiannya. Ia tidak boleh hidup selepas dimatikan, tidak kira samada habis bateri atau cubaan mereset telefon.



Kami bertanya masalah ini kepada Xiaomi Malaysia dan mereka telah memberikan jawapannya. Mereka sedar tentang masalah ini iaitu ‘dead boot‘ di mana peranti Poco M3 tidak boleh dihidupkan selepas ia dimatikan dan dihidupkan semula.

Xiaomi bekerjasama dengan pasukan perkhidmatan pelanggan, pakar teknikal dan rakan industri untuk sentiasa membantu pelanggan yang berhadapan masalah. Sehubungan itu, pengguna Poco M3 yang berhadapan masalah ‘dead boot’ dan masih dalam tempoh jaminan, diminta untuk menghubungi Xiaomi Malaysia menerusi emel dan talian rasmi Xiaomi di:



Hotline Khidmat Pelanggan Xiaomi: 1800-81-2486
Waktu Bekerja: Isnin – Jumaat; 9 pagi – 6 petang
Emel: [email protected]

Jika peranti Poco M3 pelanggan disahkan mengalami masalah ‘dead boot’, Xiaomi akan membaiki, menukar atau memulangkan wang sepenuhnya kepada pelanggan. Xiaomi juga akan melanjutkan tempoh jaminan ditambah 3 bulan lagi, untuk semua peranti yang dibaiki dan diganti untuk memberi ketenangan minda kepada pelanggan.

Kepada pengguna Poco M3, cepat-cepat berhubung dengan Xiaomi Malaysia jika peranti ada bermasalah. Terutama sekali jika masih dalam tempoh jaminan supaya ia diperbaiki segera. Harapnya masalah ini boleh dibaiki dengan kemaskini perisian lebih baharu.

Tags: PocoPoco M3
Najib

Najib

POPULAR

Xiaomi Malaysia sedia mengganti Poco M3 yang tidak boleh hidup semula

8 July 2021
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN