[Artikel ini dibawakan oleh Lenovo Malaysia]
Pada bulan Mei lepas, kami telah meminta bantuan pembaca mengisi tinjauan, untuk memahami dengan lebih mendalam tentang peminat permainan video di Malaysia. Selepas mendapat maklumbalas daripada lebih 2,500 responden, kami kini mempersembahkan keputusan yang telah dikumpulkan.
Berikut adalah jawapan yang dipilih oleh pembaca SoyaCincau mengenai permainan video.
Tidak begitu mengejutkan, majoriti responden kajian datangnya dari kawasan Tengah (40.69%). Tetapi ramai juga responden dari Utara iaitu negeri Perak, Perlis, Kedah, dan Pulau Pinang iaitu sebanyak 34.49%.
Dari lebih 2,500 responden, lebih separuh (54.45%) menyatakan bahawa mereka bermain secara suka-suka. Tetapi lebih menarik lagi adalah sebanyak 33.48% memberitahu bahawa mereka bermain sekitar 5-10 jam seminggu. Satu jumlah yang agak besar.
Mungkin, bukan berapa lama masa yang diluangkan tetapi jenis permainan video yang lebih disukai untuk dimainkan, membezakan mereka yang suka-suka bermain dengan pemain tegar (18.56%). Bagaimanapun, hampir 20% responden menyatakan bahawa mereka bermain melebihi 20 jam seminggu. Ini menunjukkan ada pemain yang dedikasi di kalangan responden.
Perkara menarik yang ditemui di sini adalah kebanyakan responden bermain permainan video di desktop (36.85%). Walaupun dalam dunia mudahalih masakini, hanya 28.92% memilih laptop dan 21.89% lagi memilih peranti mudah alih. Jumlah yang agak jauh daripada pemain di desktop.
Ini ditambah lagi dengan pemilihan monitor gaming sebagai perkakas permainan video paling penting. Sebanyak 40.54% responden memilihnya sebagai perkakas game paling penting, berbanding papan kekunci mekanikal (21.5%) dan fon kepala (12.8%). Perkara seperti masa lengah dan kadar penyegaran adalah faktor penting yang menyumbang besar kepada pengalaman bermain yang menarik.
Terdapat dua faktor besar yang mempengaruhi faktor membeli iaitu prestasi dan harga. Tetapi prestasi menjadi pilihan paling utama dengan 74.01% responden memilihnya. Tidak dapat disangkal, anda memerlukan perkakas yang berkuasa untuk menjalankan permainan video terkini. Jika ia dapat dibeli pada harga yang bagus, ia adalah bonus untuk pembeli.
Dari data yang kami perolehi, ramai responden (28.80%) meletakkan harga sekitar RM1,000 ke RM3,000 untuk dilaburkan membeli peralatan. Tetapi ramai juga bersedia berbelanja lebih (25.52%) iaitu antara RM3,000-RM5,000 sebagai bajet mereka. Julat harga ini masih berbaloi melihatkan kepada nilai prestasi kepada harga yang diperoleh.
Sudah pasti, naluri semulajadi manusia tertarik kepada tawaran dan diskaun dan ia diterjemahkan oleh 52.15% responden yang menyatakan akan menunggu promosi untuk membeli. Meskipun begitu, hampir separuh iaitu 47.50% memilih untuk membeli di kedai fizikal, walaupun negara berada di dalam penularan wabak sejak lebih setahun yang lepas.
Mungkin ini kerana ramai yang mahu mencuba dan memegang dahulu peralatan dan perkakas tersebut di kedai. Di samping itu, pembeli juga boleh menjalin hubungan dengan jenama dan pemilik kedai sebelum membeli, perkara penting untuk meningkatkan keyakinan pembeli. Seramai 30.28% memaklumkan bahawa mereka lebih gemar membeli di platform e-dagang seperti Lazada dan Shopee. Ia menunjukkan kepercayaan tinggi diberikan kepada pusat beli-belah dalam talian sebesar ini.
Untuk bahagian menonton video berkaitan permainan video, sebanyak 40.14% menyatakan bahawa mereka menontonnya untuk mempelajari teknik baru. Pastinya untuk memperbaiki kemahiran sekaligus memenangi permainan tersebut. Bagaimanapun, masih ramai menontonnya sebagai hiburan apabila 27.82% responden memilihnya.
Perkara yang paling menyakitkan hati bagi peminat permainan video di Malaysia, adalah apabila internet terputus/tersangkut semasa bermain. Ia tidak boleh dipertikai lagi memandangkan kebanyakan permainan masakini memerlukan sambungan internet, walaupun bermain permainan perseorangan. Tanpa internet, walau secanggih mana perkakas anda, ia hanyalah sebuah sendal pintu yang mahal.
Jika anda jenis pemain di peranti mudah alih yang menggunakan talian Maxis dan Hotlink, ini berita baik untuk anda. Dari sekarang sehingga 31 Julai 2021, pembeli Lenovo Legion Phone Duel 2 di kedai terpilih, atau di Stor Rasmi Lenovo di Lazada dan Shopee, akan menerima fon telinga Bluetooth Lenovo 500 In-Ear bernilai RM189.
Terdapat dua varian untuk Lenovo Legion Phone Duel 2 dan ini harganya:
- RAM 12GB + Storan 256GB – RM3,299
- RAM 16GB + Storan 512GB – RM3,899