• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Isi minyak dengan TNG eWallet RFID di Shell boleh mula diuji

  • OLEH Najib
  • 11:21 am
  • 12/07/2021
  • Komen
Pasang Touch n Go RFID percuma di Shell dan isi petrol guna RFID tidak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Touch n Go eWallet dan Shell kini telah memulakan ujian rintis pembayaran menggunakan RFID, dari 13 Julai sehingga 12 Ogos 2021. Ini membolehkan pembayaran menggunakan Touch n Go RFID tanpa kad mahupun telefon pintar untuk mengisi minyak di stesen minyak Shell terpilih.

Sebelum program RFID ini dibuka kepada semua, beberapa pengguna terpilih akan menguji sistem ini dan diberi saguhati RM20 dalam bentuk pengembalian tunai. Ujian rintis ini hanya terdapat di 5 stesen minyak Shell di Lembah Klang iaitu Bandar Sri Manjalara, Mint Hotel, NKVE Damansara, Taman Connaught dan Taman Tun Dr Ismail.



Tidak seperti aplikasi Setel oleh Petronas, penggunaan Touch n Go eWallet RFID adalah lebih mudah. Pembayaran boleh dilakukan lebih awal sebelum tiba di stesen atau semasa di stesen. Lancarkan aplikasi Touch n Go eWallet, pilih Shell kemudian pilih petak untuk mengisi minyak dan jumlah yang ingin dibayar. Seterusnya bawa kenderaan ke stesen minyak Shell tersebut, tunggu lampu hijau dan mula mengisi. Dengan cara ini, sesiapa sahaja boleh tolong membuat pembayaran jarak jauh, seperti ahli keluarga.

Cara untuk mengaktifkan RFID untuk mengisi minyak

Jika anda terpilih sebagai peserta projek rintis ini, mula-mula sekali sila kemaskini aplikasi Touch n Go kepada versi terbaharu. Kemudian lancarkan aplikasi, pilih Shell dan tekan “Activate Fuelling”. Dari sini, anda boleh membuat pilihan bayaran kegemaran untuk pengisian RFID dan menghubungkan kad Bonuslink bagi mengmpul mata ganjaran.



Jika anda lebih gemar mengisi penuh, anda boleh menetapkan kepada bayaran yang lebih tinggi. Sebarang lebihan bayaran akan dipulangkan semula ke dalam eWallet anda.

Cara mengisi minyak dengan RFID

Jika anda pergi ke salah satu daripada 5 stesen minyak yang menyertai ujian rintis ini, lihat pada petak yang memiliki pengesan RFID dan pastikan anda meletak kenderaan di dalam kotak. Petak ini akan memiliki skrin LED di atasnya seperti di dalam gambar di atas.

Apabila skrin LED ini menunjukkan ikon pam hijau, anda boleh mengisi minyak dalam masa 80 saat. Selepas selesai, jumlah pengisian dan bayaran akan disimpan di dalam sejarah transaksi Touch n Go Ewallet anda.

Untuk menerima pengembalian tunai RM20, penguji haruslah membuat sekurang-kurangnya dua transaksi dengan pembayaran minima RM10 setiap satu. Penguji juga perlu mengisi borang kajian yang akan dihantar menerusi emel pada 15 Ogos 2021.

Untuk maklumat lanjut mengenai ujian rintis ini, layari laman web Shell TNG RFID.

Tags: rfidshellShell RFIDTouch n GoTouch n Go eWallet
Najib

Najib

POPULAR

Pasang Touch n Go RFID percuma di Shell dan isi petrol guna RFID tidak lama lagi

Isi minyak dengan TNG eWallet RFID di Shell boleh mula diuji

12 July 2021
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN