• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Proton mula memvaksin semua pekerja, buka PPV di Tanjung Malim percepat proses

  • OLEH Najib
  • 5:20 pm
  • 13/07/2021
  • Komen
Proton mula memvaksin semua pekerja, buka PPV di Tanjung Malim percepat proses
Share on FacebookShare on Twitter

Proton kini memulakan proses memvaksin semua kakitangan dan pekerja mereka di Tanjung Malim dan Shah Alam, bagi yang belum menerima vaksin COVID-19. Semua pekerja akan menerima notis temujanji di dalam aplikasi MySejahtera dalam masa beberapa hari lagi untuk memperoleh dos pertama vaksin.

Bagi mempercepatkan lagi usaha ini, Proton telah bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan dengan menjadikan kompleks sukan Proton Tanjung Malim, sebagai pusat pemberian vaksin industri (PPVIN). PPVIN ini akan beroperasi selama 6 hari dan ia memiliki kapasiti memvaksin lebih kurang 800 orang sehari.



Di Shah Alam pula, kakitangan di sana akan mendapatkan vaksin mereka di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC). Ini kerana Proton tiada ruang yang besar, selain perlu mematuhi syarat SOP untuk mewujudkan PPV sementara.

Menurut Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, “Proton berharap dengan proses vaksinasi warga kerja, kami akan membantu mengurangkan jangkitan COVID-19 di Malaysia. Dengan inisiatif sama dari syarikat lain, ia mampu menghidupkan semula industri automotif yang terhenti seketika semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan”.



Bermula dari 12 Julai, proses vaksinasi ini akan diulangi semula tiga minggu kemudian bagi pekerja Proton mendapatkan dos kedua mereka. Syarikat menjangkakan kebanyakan kakitangan mereka akan mendapat vaksin penuh menjelang pertengahan Ogos.

Tags: protonVaksin Covid-19
Najib

Najib

POPULAR

Proton mula memvaksin semua pekerja, buka PPV di Tanjung Malim percepat proses

Proton mula memvaksin semua pekerja, buka PPV di Tanjung Malim percepat proses

13 July 2021
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN