• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme MagDart bukan sahaja pengecas magnetik tetapi miliki ekosistem lebih luas

  • OLEH Najib
  • 1:12 am
  • 04/08/2021
  • Komen
Realme MagDart bukan sahaja pengecas magnetik tetapi miliki ekosistem lebih luas
Share on FacebookShare on Twitter

Malam ini, Realme mendahului pengeluar peranti Android lain untuk menjadi yang pertama menghasilkan pengecas magnetik wayarles. Bukan setakat itu, pengecas magnetik yang dipanggil sebagai Realme MagDart ini, diperkenal sebagai sebuah ekosistem yang lebih luas, tidak terhad kepada pengecas magnetik sahaja.

Realme Flash

Acara pengenalan pengecas magnetik ini dimulakan dengan telefon pintar Realme Flash. Ia dikatakan adalah telefon pintar Android pertama yang menyokong pengecasan wayarles magnetik.



Tetapi maklumat telefon pintar ini sangat terhad. Apa yang dikongsikan adalah telefon ini memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh dan menyokong pengecasan magnetik MagDart 50W, yang boleh mengecas penuh dalam masa kurang sejam, hampir menyamai pengecasan pantas berwayar SuperDart 50W.

Bagaimanapun, Realme tidak mendedahkan maklumat lanjut mengenai spesifikasi telefon pintar ini. Apakah cip yang menggerakkannya, berapa besar skrin atau jenis skrin. Apa yang kelihatan adalah, terdapat tiga kamera di belakang dan satu kamera di dalam lubang di sudut atas skrin.



Realme MagDart 50W

Watak utama majlis pelancaran kali ini adalah Realme MagDart, pengecasan wayarles magnetik yang dikatakan pertama ada di peranti Android. Malah, Realme turut menggelarnya sebagai pengecasan wayarles terpantas ada di pasaran sekarang.

Jika anda pernah melihat Apple MagSafe untuk iPhone 12, Realme MagDart adalah pengecas yang berbeza kerana ia sangat tebal dan besar, kerana dilengkapi kipas penyejuk di dalamnya. Kipas ini dikatakan sangat perlu untuk menyejukkan sistem pengecasan yang menghasilkan haba tinggi padanya.

Kuasa magnet pada pengecas ini menggunakan gabungan boron dan kobalt, yang menghasilkan kuasa magnet sekuat 5 Newton atau mampu memegang sehingga 500 gram tetapi masih mudah dicabut dengan sebelah tangan. Kuasa pengecas wayarles 50W pula disalurkan melalui gegelung tembaga yang lebih besar, tetapi dibantu kipas untuk menyingkirkan haba yang banyak terhasil padanya.

Pengecas MagDart ini memiliki fizikal setebal 23.5mm, lebih 4x ganda tebal berbanding Apple Magsafe. Malah ia juga agak bising dengan adanya kipas. Kerana itu, Realme turut menghasilkan pengecas MagDart 15W yang jauh lebih nipis.

Realme MagDart 15W

Pengecas magnetik MagDart 15W memiliki ketebalan hanya 3.9mm dan tiada kipas padanya. Dengan kuasa 15W, ia boleh mengecas bateri 4,500mAh di Realme Flash dalam masa 121 minit. Ini adalah pengecas yang sesuai untuk mereka yang mahu pengecas lebih senyap, nipis dan ringan.

Realme memisahkan papan induk pengecas ke dalam hujung kabel, berasingan dengan papan pengecas magnetik, menjadikan MagDart 15W lebih nipis dan kurang panas.

Realme MagDart Powerbank

Di samping pengecas, Realme turut melancarkan bank tenaga atau powerbank MagDart. Ia direka dengan kemasan kulit vegan berwarna putih bagi menjadikan rupanya kelihatan menarik dilekat di belakang telefon.

Powerbank MagDart ini didatangkan bersama alas pengecas 2-dalam-1. Di mana ia boleh mengecas Powerbank MagDart semasa ia melekat di telefon pintar, dan mengecas telefon pintar serentak. Apabila mahu menggunakan telefon pintar, ia boleh dicabut tetapi Powerbank boleh kekal melekat di telefon, atau dicabut dan terus dicas di alas pengecas.

Aksesori di dalam ekosistem MagDart

Membekal tenaga dari luar adalah fokus utama MagDart. Tetapi kemampuan melekat magnet padanya membolehkan ia digunakan untuk perkara lain. Untuk itu, Realme memperkenal beberapa ekosistem aksesori MagDart. Pertama adalah lampu MagDart Beauty Light.

Lampu ini boleh melekat secara magnet dan menggunakan tenaga daripada telefon pintar secara wayarles terbalik. Cahaya yang lebih cerah berbanding LED Flash boleh dihasilkan lampu ini dan ia juga boleh dilipat ke hadapan untuk mengambil swafoto.

Realme turut memperlihatkan MagDart Wallet dengan tiga slot untuk mengisi kad kredit, dilengkapi kaki penegak yang boleh digunakan untuk menonton video di atas meja tanpa perlu dipegang. Tiada tenaga mengalir pada Wallet ini tetapi ia boleh dilekat dan dicabut untuk memberi fungsi tambahan.

Akhir sekali dipertunjukkan dalam acara ini adalah Realme GT MagDart Charging Case. Ia memberikan kebolehan magnet MagDart kepada telefon pintar Realme GT melalui pemasangan casing.

Casing ini bersambung secara USB-C dan menggunakan kemasan karbon, menjadikan telefon menjadi lebih tebal daripada biasa. Sekaligus ia boleh bertindak sebagai pelindung kepada telefon pintar Realme GT.

Majlis ini diakhiri dengan pengumuman bahawa Realme akan membuka standard MagDart supaya lebih banyak aksesori berkaitan MagDart boleh dihasilkan oleh pihak ketiga. Bagaimanapun, tidak pula mereka menyatakan bilakah produk MagDart akan dijual dan berapa pula harganya.

Mungkin akan ada pengumuman rasmi daripada Realme, untuk bercerita lebih lanjut mengenai tarikh dan harga jualan aksesori MagDart tidak lama lagi. Sementara itu, anda boleh pergi ke laman mikro Realme MagDart untuk membaca lebih lanjut mengenainya.

Tags: Realmerealme flashrealme magdart
Najib

Najib

POPULAR

Realme MagDart bukan sahaja pengecas magnetik tetapi miliki ekosistem lebih luas

Realme MagDart bukan sahaja pengecas magnetik tetapi miliki ekosistem lebih luas

4 August 2021
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN