• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Anime Tokyo Revengers atasi drama Melayu & Korea dalam carian popular Google Julai 2021

  • OLEH Fatin Amanina
  • 10:15 am
  • 08/08/2021
  • Komen
Anime Tokyo Revengers atasi drama Melayu & Korea dalam carian popular Google Julai 2021
Share on FacebookShare on Twitter

Google kongsikan carian paling popular di Malaysia untuk bulan Julai 2021. Nampaknya, rakyat Malaysia sangat memerlukan wang dalam tempoh pandemik, sekaligus menjadikan semakan i-Citra berada di kedudukan pertama. Mungkin kerana PKP yang berlanjutan, ramai individu mahu menjadikan wang simpanan ini sebagai wang perbelanjaan.

Dari segi hiburan pula, tidak ada satu pun drama Korea atau Melayu dalam senarai. Ia mungkin kerana tidak ada adegan yang tular pada bulan lalu. Tetapi menariknya, kali ini animasi Jepun, Tokyo Revengers pula menjadi tumpuan ramai. Carian bukan kerana jalan ceritanya, tetapi ia berkaitan dengan salah satu watak dalam siri itu iaitu Hinata Tachibana.



Dalam senarai ini juga, tidak ada mana-mana model telefon pintar tersenarai. Walhal, ada telefon pintar dilancarkan pada bulan lalu, seperti Poco X3 GT dan Infinix Hot 10S. Saya andaikan, mungkin model tersebut belum mendapat sambutan di Malaysia pada bulan lalu.

Berikut merupakan senarai terperinci 10 carian paling popular Google di Malaysia untuk Julai 2021.



1. Semakan i-Citra / icitra.kwsp.gov.my / i-Citra Semakan / i-Citra Online

Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli KWSP yang terkesan akibat PKP. Permohonan pengeluarannya telah bermula pada 15 Julai yang lalu. Untuk i-Citra ini, pengeluaran boleh dilakukan sehingga RM5,000 dan bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula pada bulan Ogos 2021.

2. Italy vs England / England vs Denmark / Italy vs Spain / Final Euro 2021

Untuk carian ini, ia berkaitan dengan pusingan akhir sukan bola sepak Euro 2020. Itali memenangi pertandingan itu setelah berjaya mengalahkan pasukan England pada pusingan akhir dengan skor 3-2.

3. Bangladesh vs Zimbabwe / Pakistan vs England

Carian ini tentunya dilakukan oleh peminat sukan kriket yang meminati pasukan Bangladesh, Zimbabwe, Pakistan dan England. Perlawanan antara pasukan ini berlangsung pada pertengahan bulan Julai dan sudah tentu peminat mahu mengetahui tentang skor semasa dan keputusan perlawanan.

4. Takbir Raya Haji

Di Malaysia untuk tahun ini, umat ​​Islam menyambut Hari Raya Haji yang juga dikenali sebagai Aidiladha pada 20 Julai. Bacaan takbir raya dilakukan selepas selesai solat. Bagi mengelakkan individu yang ingin membacanya melakukan kesilapan, sudah tentu carian ini dilakukan untuk dijadikan rujukan buat mereka.

5. Niat Puasa Arafah / Puasa Hari Arafah

Individu yang ingin menunaikan puasa Arafah perlu membaca niat khas untuknya. Puasa ini dilakukan sehari sebelum Hari Raya Aidiladha dan ia disunatkan kepada umat Islam.

6. Hinata Tachibana

Hinata Tachibana merupakan watak seorang perempuan yang merupakan teman wanita kepada Takemichi Hanagaki dalam siri anime Tokyo Revengers. Siri ini boleh ditonton melalui aplikasi iQIYI dengan sarikata Bahasa Inggeris.

7. Liverpool vs Mainz

Penyokong Liverpool pasti gembira dengan kemenangan tipis 1-0 pasukan itu menentang lawan pasukan Mainz dalam Liga Perdana persahabatan pra musim (pre-season friendlies) pada 24 Julai lalu. Kemenangan ini diperoleh kerana gol sendiri yang dilakukan oleh Luca Kilian dari pasukan Mainz.

8. Brazil vs Chile

Berlangsung dalam pertandingan Copa America, pertemuan antara Brazil dan Chile di suku akhir diakhiri dengan kemenangan 1-0. Untuk tahun ini, kejohanan Copa America berlangsung di Brazil dari 13 Jun hingga 10 Julai 2021.

9. MyKasih

MyKasih ialah pelaksanaan bantuan makanan tanpa tunai, sesuai dengan situasi pandemik kini. Duit bantuan di masukkan terus dalam kad pengenalan individu yang layak. Senarai nama penerima bantuan adalah berdasarkan pangkalan data yang terdapat pada laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

10.  Tokyo Olympic 2021

Sukan Olimpik 2021 bermula dengan upacara pembukaan Olimpik pada hari Jumaat, 23 Julai 2021. Penonton yang meminati sukan olimpik pasti akan ikuti acara ini sepenuhnya sebagai tanda sokongan kepada atlet kegemaran mereka.

[Sumber gambar: CBR.Com]

Tags: Google
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Anime Tokyo Revengers atasi drama Melayu & Korea dalam carian popular Google Julai 2021

Anime Tokyo Revengers atasi drama Melayu & Korea dalam carian popular Google Julai 2021

8 August 2021
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER