• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tesla ambil pelajar kejuruteraan Malaysia sebagai Pengajar Robotik

  • OLEH Najib
  • 10:24 pm
  • 09/08/2021
  • Komen
Tesla ambil pelajar kejuruteraan Malaysia sebagai Pengajar Robotik
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang rakyat Malaysia, Fakhirah Khairuddin, bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Putra (Ulul Albab), telah diterima bekerja di Tesla, Amerika Syarikat. Dia kini bertugas sebagai pengajar Latihan Teknikal Jurutera Robotik, bertempat di Fremont, California, AS.

Penghasil kereta elektrik dengan pemanduan autonomi tercanggih ini dipilih sebagai syarikat no 1 paling menarik untuk bekerja oleh pelajar jurutera di AS. Terpilih sebagai pekerja di syarikat yang paling disukai ramai bukanlah mudah, ternyata Fakhirah memiliki kelayakan yang hebat.



Selepas menamatkan pembelajaran di MRSM, Fakhirah melanjutkan pelajaran di Universiti California, San Diego dan mendapat ijazah sarjana muda Kejuruteraan Aeroangkasa dan Mekanikal pada tahun 2019. Seterusnya dia mendapat ijazah Sarjana Kejururteraan Aeroangkasa dan Mekanikal di universiti yang sama.

Sebelum menyertai Tesla, Fakhirah telah bertugas sebagai Jurutera Pembangun Pendorongan di universitinya dan menulis kod Matlab untuk mengkaji pengaliran haba enjin roket. Pada tahun 2019, projek “CopyPasta” beliau memenangi tempat pertama dalam “Northrop Grumman System Engineering Challenge”. Sebagai pelajar Sarjana, dia juga menjalankan kajian pembangunan Projek Hexacopter.



Menurut profilnya di LinkedIn, Fakhirah memiliki kepakaran dalam Reka Bentuk Bantuan Komputer (CAD), Pemodelan dan Analisis Elemen Terhingga, reka bentuk sistem elektro-mekanikal dan Pemilihan Bahan untuk Aplikasi Kejuruteraan. Dia juga mahir sepenuhnya dalam Solidworks, Ansys Workbench dan Abaqus, Matlab, NI Labview dan Python.

Sebagai pegajar latihan teknikal di Tesla, Fakhirah mengajar FANUC dan robot Kuka kepada jurutera dan juruteknik.

[Sumber: Facebook]

Tags: Tesla
Najib

Najib

POPULAR

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
Tesla ambil pelajar kejuruteraan Malaysia sebagai Pengajar Robotik

Tesla ambil pelajar kejuruteraan Malaysia sebagai Pengajar Robotik

9 August 2021
5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER