• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

WhatsApp tidak akan imbas gambar kanak-kanak di dalam peranti

  • OLEH Najib
  • 11:22 pm
  • 09/08/2021
  • Komen
Google akan mudahkan salin data Whatsapp dari iPhone ke Android
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam satu kemaskini, Apple menyatakan bahawa mereka akan menambah fungsi memantau kandungan komunikasi keluar masuk peranti untuk mengesan kandungan jelik di dalam kemaskini sistem akan datang. Perkara ini telah menimbulkan bantahan ramai pihak, termasuk ketua WhatsApp di Facebook, Will Cathcart.

Menurut Will, WhatsApp tidak akan menerima fungsi ini diterapkan ke dalam perisian mereka kerana ia menimbulkan pelbagai masalah undang-undang dan privasi. Ramai orang telah bertanya kepadanya jika WhatsApp akan menggunakan sistem ini, jawapannya adalah tidak.



Child sexual abuse material and the abusers who traffic in it are repugnant, and everyone wants to see those abusers caught.

— Will Cathcart (@wcathcart) August 6, 2021

Dalam untaian ciapannya di Twitter, Will menerangkan bahawa cara ini akan membolehkan syarikat perisian intip atau kerajaan untuk bekerjasama dengan pembangun perisian, berpotensi menyalahgunakan untuk melanggar privasi.

Tambah Will, bolehkah Apple menjamin perisian yang mengimbas kandungan telefon pintar ini tidak membuat kesilapan? Bagaimanakah pengguna dapat membezakan kesilapan perisian melanggar privasi individu?



Dalam pengumuman Apple yang menimbulkan kontroversi itu, Apple memaklumkan bahawa iOS dan iPadOS akan menggunakan algoritma baharu bagi mengesan kandungan jelik di iCloud Photos untuk membantu pihak berkuasa. Siri dan Search akan membantu pengguna mengendalikan kandungan jelik yang ditemui dan akan campur tangan bila pengguna cuba melakukan carian sekitar kandungan jelik.

Seorang profesor madya di Johns Hopkins Information Security Institute, Matthew Green turut berciap panjang memberi amaran tentang idea Apple yang sangat merbahaya itu. Menurut Matthew, Apple akan melepaskan perkakas pengimbasan Bahan Penderaan Seksual Kanak-kanak (CSAM) yang boleh mengimbas gambar di dalam Photos iPhone untuk mengesan perkara khusus, dan melaporkan kepada pelayan Apple jika keluar terlalu banyak.

These tools will allow Apple to scan your iPhone photos for photos that match a specific perceptual hash, and report them to Apple servers if too many appear.

— Matthew Green (@matthew_d_green) August 5, 2021

Perkara ini dinafikan oleh Apple dan menyatakan penerangan ini tidak tepat. Apple menyatakan bahawa mereka tidak akan mengumpul sebarang data individu dari pusataka gambar pengguna, melainkan ia memiliki terlalu banyak kandungan CSAM. Tambah Apple, kesilapan yang berlaku dalam imbasan juga sangat rendah, sekitar 1 dalam 1 trilion setahun.

[Sumber: Gizmodo]

Tags: applewhatsapp
Najib

Najib

POPULAR

Google akan mudahkan salin data Whatsapp dari iPhone ke Android

WhatsApp tidak akan imbas gambar kanak-kanak di dalam peranti

9 August 2021
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026
Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

8 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026
RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

7 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN