• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature Tips & Tricks

Kenali reviu palsu produk dalam talian dengan cara ini

  • OLEH Fatin Amanina
  • 9:08 pm
  • 15/08/2021
  • Komen
Kenali reviu palsu produk dalam talian dengan cara ini
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum membeli di platform dalam talian, tentu reviu produk menjadi antara perkara utama yang anda akan baca. Bahagian reviu produk diwujudkan untuk meyakinkan pembeli bahawa produk itu berkesan dan berfungsi seperti yang dinyatakan.

Tetapi tahukah anda, adakalanya ada reviu yang dinyatakan itu palsu? Ia bukan ditulis oleh pembeli sebenar, sebaliknya ditulis untuk mengelirukan bakal pembeli. Reviu palsu selalunya menggambarkan produk tersebut hebat untuk memperdaya pembeli, tetapi realitinya tidak.



Oleh itu, bagi elak daripada tertipu, berikut merupakan cara untuk mengenali reviu palsu.

1. Periksa ulasan, bukan bintang sahaja

Jangan hanya percaya pada penilaian bintang. Lihat juga pada ulasan. Jika ulasan terlalu positif atau negatif tanpa memberikan banyak perincian, itu merupakan tanda yang mencurigakan. Anda juga perlu berhati-hati jika terlalu banyak maklumat produk dalam satu ulasan.



Selain itu, anda perlu segera abaikan ulasan yang ditulis menggunakan semua huruf besar atau format dan tanda baca yang pelik. Ulasan yang boleh dipercayai selalunya seimbang, komennya panjang dan kebaikan serta keburukan sesebuah produk ada dinyatakan.

2. Ulasan negatif diikuti banyak yang positif

Sekiranya penjual mendapat ulasan tidak memuaskan, tetapi ia diikuti oleh banyak ulasan yang baik, ada kemungkinan mereka berusaha menyembunyikan ulasan buruk itu untuk perbaiki skor mereka. Maka, anda perlu lihat corak ulasan yang ada.

3. Analisis ulasan palsu guna alat dalam talian

Sekiranya anda mahu beli produk dari Amazon, eBay atau Sephora. Anda boleh ketahui sama ada ulasan itu palsu atau tidak, dengan memeriksanya di Fakespot dan ReviewMeta. Cuma salin dan tampal URL produk ke laman web itu, kemudian mereka akan menganalisis ulasan yang ada.

4. Semua reviu positif pada tarikh sama

Jika semua reviu positif disiarkan pada tarikh yang sama, itu mungkin menunjukkan bahawa penjual telah menawarkan mana-mana kumpulan, untuk mengumpulkan maklum balas positif melalui insentif, seperti tawaran kad hadiah (gift card) atau bayaran balik. Ini jelas menunjukkan reviu tersebut palsu.

5. Hati-hati beli jenama yang tidak dikenali

Ada jenama yang tidak dikenali cuba mengambil jalan pintas berada di bahagian atas senarai jualan, dengan memberikan ulasan palsu yang baik.

Jadi, jika anda tidak mengenali jenama itu, anda boleh periksa mengenai mereka di dalam talian untuk melihat jika mereka ada laman web yang sah beserta maklumat yang jelas. Anda juga boleh cuba menghantar e-mel soalan kepada penjual, untuk melihat maklum balas mereka.

Pastikan anda semak reviu pembeli lain dengan teliti sebelum membeli. Sebagai langkah selamat, dapatkanlah produk yang anda mahukan dari penjual dalam talian yang sudah disahkan (verified). Contohnya seperti penjual yang disahkan Lazada di LazMall dan Shopee di ShopeeMall.

[Sumber: The Star]

[Sumber gambar: Medium]

Tags: reviu
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Kenali reviu palsu produk dalam talian dengan cara ini

Kenali reviu palsu produk dalam talian dengan cara ini

15 August 2021
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER