• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MSI Creator Z16, workstation mudah alih dengan spesifikasi padu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:43 pm
  • 16/08/2021
  • Komen
MSI Creator Z16, workstation mudah alih dengan spesifikasi padu
Share on FacebookShare on Twitter

MSI Creator adalah siri laptop yang menjurus kepada pembangun kandungan. Tidak seperti gaming laptop, siri Creator turut dilengkapi skrin yang memenuhi keperluan-keperluan seorang pembangun kandungan contohnya kejituan warna.

MSI Creator Z16 adalah produk terbaharu dalam siri itu dan ia bukan saja nipis dan ringan, tapi ia juga tidak terlalu menonjol daripada segi rekaan tapi bahagian dalamnya dipadatkan dengan spesifikasi-spesifikasi menarik.



Atas papan utamanya, ia diperkasa cip Intel Core i7-11800H bersama-sama RAM 16GB. MSI memaklumkan yang ada slot tambahan untuk jadikan jumlah keseluruhan RAM yang mampu ditampung kepada 32GB.

Mengendalikan hal-hal grafik adalah GPU RTX3060 dengan kapasiti VRAM seluas 6GB. Jadi, jangan tanyalah sekiranya ia mampu menampung tugasan menyunting video ataupun bermain game pada resolusi 4K sekalipun.



Di bahagian muka, MSI Creator Z16 diberikan panel QHD+ pada nisbah paparan 16:10. Antara manfaat yang dibawakan paparan ini kepada penggunanya ialah refresh rate setinggi 120Hz dan cakupan spektrum warna DCI-P3 100%.

Pada ciri ketersambungan, laptop ini ada 2 port Thunderbold 4, 2 USB-A, dan 1 slot mikro-SD. Sambungan wayarles berlaku menggunakan Wi-Fi 6 dan Bluetooth 5.2.

Untuk beroleh seunit MSI Z16 ini, anda perlu keluarkan RM11,999 dan tempahan boleh dibuat melalui gedung dalam talian MSI ataupun di Lazada.

Di kem Apple, untuk wang yang hampir serupa, anda beroleh Macbook Pro 16” dengan spesifikasi seperti berikut:

  • Paparan 16” Retina Display
  • CPU Intel i9-9880H
  • GPU AMD Radeon Pro 5500M 4GB GDDR6
  • RAM 16GB DDR4 2.7Ghz
  • Storan 1TB SSD
  • 4 Thunderbolt 3
Tags: laptopMSImsi creatormsi creator z16
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

MSI Creator Z16, workstation mudah alih dengan spesifikasi padu

MSI Creator Z16, workstation mudah alih dengan spesifikasi padu

16 August 2021
Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599

Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599

5 June 2026
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN