• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

JPJ tawar 70% diskaun saman sehingga 16 September

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:07 pm
  • 18/08/2021
  • Komen
JPJ tawar 70% diskaun saman sehingga 16 September
Share on FacebookShare on Twitter

Bersempena sambutan hari kemerdekaan ke-64, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan diskaun 70% kepada semua saman yang boleh dikompaun, termasuk yang disenarai hitam (blacklist). Tawaran ini bermula dari 18 Ogos sehingga 16 September 2021 sahaja.

Pengurangan kompaun akan diberikan kepada semua notis saman yang telah dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334) serta Kaedah-Kaedah dan Perintah-Perintah di bawahnya.



Pengurangan kepada notis saman tersebut akan diberi berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem mySIKAP JPJ.

Tetapi, potongan pembayaran saman itu tidak membabitkan kes yang masih dalam sebutan mahkamah, termasuk yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan.



Bagi pesalah-pesalah lalu lintas yang disenarai hitam, mereka perlu hadir semula ke pejabat JPJ sama ada cawangan ataupun Negeri, bagi proses dokumentasi semula sebelum sebarang urusan pembayaran dapat dilakukan.

Untuk melunaskan saman, individu boleh ke pejabat JPJ Negeri, cawangannya dan Pusat Transformasi Bandar (UTC), kiosk atau secara dalam talian melalui portal mySIKAP JPJ.

[Sumber: BH, JPJ]

[Sumber gambar: Metro]

Tags: JPJ
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

JPJ tawar 70% diskaun saman sehingga 16 September

JPJ tawar 70% diskaun saman sehingga 16 September

18 August 2021
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN